LEBUHRAYA RAKYAT ADALAH SATU PROJEK PENIPUAN?

>> 18 October 2012


KUALA LUMPUR: Kerajaan persekutuan masih belum menerima permohonan rasmi daripada Kerajaan PAS Kelantan bagi Projek Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai (KBKK).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, beliau hanya dihubungi seorang exco kerajaan negeri itu bagi memaklumkan mengenai cadangan pembinaan lebuh raya tidak bertol berkenaan.

"Saya setuju kalau nak bincang atau minta bantuan teknikal. Tapi nak bina lebuh raya tidak bertol ini kalau tak silap saya akan menelan belanja sebanyak RM1.8 bilion," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 bagi Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan yang dibangkitkan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) yang ingin mengetahui mengenai status cadangan pembinaan lebuh raya yang menghubungkan kedua-dua daerah di Kelantan itu.

Bagaimanapun Shaziman berkata, kerajaan persekutuan akan memberi keutamaan kepada cadangan pembinaan lebuh raya tersebut dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

"Kerajaan pusat akan laksanakan, cuma berperingkat-peringkat. Kalau nak bantuan teknikal atau kerjasama kita boleh bagi. Cuma saya tak yakin sangat boleh kutip derma.

"Kerajaan tak pernah batalkan projek naik taraf lebuh raya persekutuan Kota Bharu-Kuala Krai. Projek itu hanya ditangguhkan sementara untuk kerajaan menilai semula dan mencari alternatif lebih baik berbanding skop asal," katanya.

Kerajaan Kelantan sebelum ini mendakwa ia mampu menyiapkan Lebuhraya KBKK bernilai RM1.8 bilion dalam tempoh tiga tahun dengan menggunakan hasil kutipan derma, tanpa bantuan Putrajaya.

Sementara itu, dalam satu sidang media berasingan, PAS mendakwa kerajaan pusat berdosa besar kerana gagal melaksanakan tuntutan rakyat yang didakwa enggan melaksanakan projek lebuh raya tersebut.

Kamaruddin yang meminta penjelasan dari kerajaan di dalam Dewan Rakyat berkata projek ini telah disenaraikan di dalam Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8), tetapi apabila Perdana Menteri baru diganti, projek tersebut ditangguhkan.

Menurutnya, laluan lebuh raya tersebut sangat penting bagi membangunkan ekonomi setiap negeri dan memberi kemudahan kepada rakyat.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Lebuh Raya Rakyat itu.

Lebuh raya dua lorong sehala itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun, dan kos bagi projek itu turut melibatkan kutipan sumbangan daripada orang ramai. - antarapos

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP