MALAYSIA AKAN JADI PUSAT PENGUMPULAN AHLI SARKAS

>> 07 October 2012


Sejak kebelakangan ini heboh mengenai kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang diperkatakan sekiranya berjaya menawan Putrajaya. Barisan kepimpinan yang ditampilkan nampak seperti gagah dan hebat. Tetapi sejauh manakah kehebatan tersebut? Adakah sekadar dalam negara yang juga dikenali sebagai jaguh kampung atau mampu menerima penghormatan di peringkat antarabangsa?

Isu masalah moral di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat semakin hebat diperkatakan. Malah sekiranya anda ke negara-negara jiran, rakyat negara tersebut begitu sinonim dengan kisah skandal Anwar Ibrahim.

Sekiranya mereka ini menerima mandat memerintah negara, mampukah mereka menerima penghormatan dengan permasalahan moral mereka?




Sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang mempunyai masalah moral gagal sama sekali menerima penghormatan di peringkat antarabangsa. Inilah yang pernah terjadi pada Bill Clinton semasa menjawat jawatan Presiden Amerika Syarikat. Hal yang sama juga berlaku pada Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi. 

Sekiranya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mempunyai masalah moral diangkat menjadi menteri, pastinya pihak antarabangsa mempersoalkan cara pelantikan kabinet. Pastinya mereka mempersoalkan mengapa sekumpulan badut yang lebih layak duduk di penjara boleh memegang jawatan penting kerajaan.

Ini juga sama sekali mencalarkan imej negara Islam yang dibawa Malaysia berpuluh tahun. Dunia Islam pastinya mempersoalkan adakah keperibadian sudah tidak penting dalam memilih pemimpin di dalam negara yang majoritinya beragama Islam.

Kerana itu masih tiada sebab yang kukuh mengapa mereka ini masih boleh menjadi pemimpin tertinggi parti. Ingatlah bahawa maruah dan peribadi mencerminkan diri. Peribadi pemimpin pula mencerminkan negara dan masyarakat. Adakah anda mahu pemimpin seperti ini mencerminkan peribadi dan sikap rakyat Malaysia?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP