KERAJAAN NEGERI SELANGOR SONGLAP DUIT RAKYAT LAGI

>> 17 October 2012


Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi menampakkan kepincangan dalam pentadbiran dengan laporan audit yang boleh dipertikaikan. Ini mengenai laporan Ketua Audit Negara mengenai Tabung Warisan Anak Negeri Selangor (TAWAS) yang serba caca marba.

Laporan audit menunjukkan bahawa setakat ini sudah sebanyak RM 8 juta dibelanjakan keraajaan negeri untuk skim tersebut. Tetapi perkara yang paling dipertikaikan apabila kos pengurusan mencecah RM 5 juta manakala peruntukan yang digunakan untuk tabung tersebut hanya RM 3 juta.

Logikkah kos pegurusan mencecah RM 5 juta?!

Untuk pengetahuan, TAWAS merupakan skim simpanan yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor untuk anak-anak Negeri Selangor yang baru lahir. Dalam skim tersebut, kerajaan negeri akan membuka akaun untuk individu tersebut sebanyak RM 1 500 dan wang itu hanya boleh dikeluarkan apabila umur pemegang akaun mencecah 18 tahun.

Untuk pengetahuan juga, skim ini tidak mendapat sambutan di kalangan rakyat Selangor sendiri. Ini kerana tiada langsung promosi dilakukan secara meluas di kalangan rakyat Selangor. Sebaliknya ianya hanya dimonopoli oleh ahli-ahli Pakatan Rakyat Selangor.

Berdasarkan laporan audit, Kerajaan Negeri Selangor membelanjakan RM 600 000 untuk promosi skim TAWAS kepada rakyat Selangor. Tetapi promosi tersebut gagal sama sekali. Malah majoriti rakyat Selangor langsung tidak tahu mengenai skim tersebut.

Jadi, dimanakah kecekapan pengurusan kewangan Negeri Selangor di bawah rejim Khalid Gagap? Dimanakah penasihat ekonomi RM 1 Negeri Selangor dalam hal ini? Bukankah perkara ini tidak lebih dari aktiviti "melanun" Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran rejim Pakatan Rakyat?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP