KERETA KETUA PEMUDA BN DISIMBAH CAT MERAH

>> 07 October 2012


GEORGETOWN - Kereta milik Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Oh Tong Keong yang diletakkan di tempat letak kereta berhampiran kedai makan di Jalan Sultan Azlan Shah di sini, hari ini disimbah cat merah dan cerminnya dipecahkan.

Kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu disedari oleh seorang pekerja kedai makan berkenaan sebelum memberitahu kepadanya.

Menurutnya, sebaik mengetahui kejadian itu, beliau bergegas ke parkir idan mendapati cermin hadapan dan belakang keretanya pecah dipercayai akibat dihentak menggunakan objek berat.

Beliau kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu dan percaya ia dirancang oleh pihak tertentu.

“Pekerja kedai makan itu memberitahu sempat melihat dua orang lelaki menunggang motosikal melakukannya. Mereka melarikan diri sebaik sahaja melakukannya.

“Bagaimanapun, dia tidak sempat melihat wajah lelaki berkenaan kerana hujan lebat ketika itu.

“Saya tidak tahu apa punca sebenar mereka merosakkan kereta tetapi percaya ia ada kaitan dengan politik memandangkan kami (Pemuda) kerap membongkarkan isu terutama perumahan rakyat Taman Manggis,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di sini.

Menurutnya, inisiden itu pertama kali berlaku sejak memegang jawatan Pemuda BN dan menganggar nilai kerugian kira-kira RM10,000.

Tong Keong bagaimanapun enggan menuding jari kepada mana-mana pihak sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat. - Sinar Harian

2 comments:

Anonymous,  October 7, 2012 at 9:35 PM  

Tau dah kerja depa. Simbah keta org BN depa simbah banyak. Simbah Bas depa guna dua susu saja.

Anonymous,  October 7, 2012 at 10:42 PM  

Memang sah ini kerja samseng upahan Tokong DAP!

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP