SPRM SIASAT TALAM

>> 06 October 2012


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan awal terhadap dakwaan berlaku urusan meragukan bernilai lebih RM1 bilion antara kerajaan negeri Selangor dengan Talam Corp, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull.

"Kita siasat tanpa takut atau pilih kasih semua maklumat yang kita terima. Jika terdapat asas yang cukup bahawa kesalahan dilakukan di bawah Akta SPRM, kita akan teruskan siasatan," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Shukri, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Beliau mengulas kenyataan ketua Biro Profesional Muda MCA Datuk Chua Tee Yong bahawa kerajaan Selangor telah menyelamatkan Talam yang menghadapi masalah kewangan dan telah menguasai aset syarikat itu menerusi langkah penyusunan semula hutang pada harga jauh lebih tinggi dari yang dinilai secara rasmi.

Chua mencabar kerajaan negeri supaya menjelaskan bagaimana langkahnya mendapatkan semula hutang RM382 juta daripada Talam berakhir dengan urusan meragukan bernilai lebih RM1 bilion. - The Star

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP