ANWAR LEBIH PERCAYA BLOGGER DARI ORANG KANAN SENDIRI?

>> 17 October 2012


Dari maklumat yang didapati, dikhabarkan bahawa PKR sudah hampir menyiapkan senarai lengkap nama calon yang akan bertanding pada PRU nanti. Boleh dikatakan di setiap negeri senarai itu sudah dimuktamadkan dan tidak boleh diubah.

Permasalahan masih timbul di sebilangan kawasan mengundi di mana perebutan kerusi di antara PKR dan rakan mereka dari Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP. Hal ini berlaku di Kedah dan juga beberapa negeri lain. Selain itu PKR dikatakan mempunyai masalah dalam memperuntukkan sesuatu kerusi itu kepada calon Cina atau India di beberapa kawasan. Parlimen juga masih belum menampakkan kata putus dari Anwar sendiri kerana pergolakan yang masih berlaku dalam PKR sendiri. Secara keseluruhan, 80% senarai calon PKR yang akan bertanding sudah lengkap.

Tetapi agak menghairankan apabila dikatakan bawah pemimpin-pemimpin kanan PKR sendiri sehingga kini masih kabur-kabur dengan nama-nama yang akan dicalonkan Anwar. Ini kerana senarai calon itu masih tidak sampai ke tangan mereka untuk dianalisis dan dijadikan rujukan.

Senarai calon itu hanya diberikan kepada orang-orang yang paling dipercayai Anwar termasuklah seorang blogger PKR. Blogger?! Apa taraf blogger jika hendak dibandingkan dengan pemimpin kanan parti?!

Pelbagai persoalan mula bermain di jiwa akar umbi PKR apabila tindakan Anwar yang lebih mempercayai blogger dari orang-orang kananya sendiri. Malah ada ahli PKR mula menyuarakan bahawa pemilihan calon hanya berdasarkan kepada keputusan Anwar dan Azmin Ali sahaja dan langsung tidak menggunapakai buah fikiran pemimpin kanan yang lain.

Hal ini menjadikan ahli-ahli PKR semakin hilang sabar dan jelik dengan permainan politik kronisme Anwar. 

Hal ini telah diluahkan secara lisan kepada saya oleh seorang sumber dalam PKR.

ps: betul ke tak cerita ni? Nilailah sendiri.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP