BILA AGAKNYA TIAN CHUA MAHU INSAF

>> 15 October 2012


Tian Chua tidak habis-habis cuba menegakkan benang yang basah mengenai kisah fitnah Scorpene yang semakin dirungkai. Sebelum ini segala penipuan Tian Chua mengenai gambar Altantuya bersama PM telah pun dirungkai satu persatu dan dibuktikan bahawa orang di dalam gambar tersebut adalah orang lain.

Kini Tian Chua sekali lagi mengatakan bahawa wakil Malaysia akan dipanggil sekiranya dikehendaki semasa perbicaraan di Perancis.

Ini taktik Tian Chua untuk menyelamatkan diri kerana wakil Perancis telah banyak kali menyebut bahawa wakil Malaysia sama sekali tidak terlibat dengan kes perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis pada ketika ini.

Tian Chua juga menyatakan bahawa BERNAMA melaporkan kenyataan media yang tidak lengkap berhubung kenyataan duta Perancis mengenai isu perbicaraan di Perancis. Ini sememangnya tidak benar kerana butir-butir yang lain sememangnya tidak penting untuk dilaporkan. Tujuan Tian Chua menyerang BERNAMA pastinya bermotif untuk menanam syak wasangka rakyat kepada BERNAMA.

Sehingga kini Tian Chua semakin tersepit dan akan menggunakan apa sahaja kepakaran untuk menipu dan memfitnah untuk menyelamatkan diri. Malah Tian Chua juga semakin hampir dengan gelaran pembelot nombor satu negara kerana membawa isu fitnah yang memburukkan negara dan mempunyai rangkaian tersendiri dengan George Soros.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP