RUPA-RUPANYA PAS JUGA MENGIDAM JAWATAN MB NEGERI SEMBILAN

>> 02 August 2012


Dalam satu pertemuan dengan seorang teman yang juga ahli PAS, teman tersebut menceritakan bahawa PAS sememangnya sudah menanam azam untuk menjadi MB Negeri Sembilan sebelum kewujudan Pakatan Rakyat lagi. Semasa itu ianya dipanggil Barisan Alternatif.

PAS seudah menjalankan kerja melobi jawatan MB sudah berkurun. Apabila Aspan Alias dan Chegu Bard yang tiba-tiba datang memotong peluang PAS dengan menyatakan secara terbuka minat mereka menjadi MB, maka PAS terpaksa berdiam diri. Ini kerana pastinya PAS adalah parti yang mempunyai kasta paling rendah dalam Pakatan Rakyat. Kerana itu suara mereka sentiasa ditikdakkan.

Teman tersebut juga menceritakan bagaimana PAS sudah berjuang lebih lama dari mana-mana ahli Pakatan yang lain. Jadi seharusnya kerusi MB dipegang PAS. Tambahan pula menurut teman tersebut, PKR dan DAP hanya menumpang kepada kejayaan PAS dan tidak layak mereka memegang jawatan MB.

Dalam pada itu kisah ini belum ada penamatnya. Sekiranya Pakatan Rakyat menang (walaupun tidak akan menang), Negeri Sembilan akan mempunyai 3 MB iaitu Chegu Bard, Aspan Alias dan seorang lagi dari PAS.

Oh ya, menurut teman tersebut, bakal MB itu ialah.... tetapi saya rasa semua orang di Negeri Sembilan boleh agak siapa.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP