APABILA KADIAQ TEMBERANG MENGENAI LAJIM UKIN

>> 05 August 2012

Sekejap warna hitam
Sekejap warna coklat
Dalam satu kenyataan dalam ceramah, bukan main lagi si Kadiaq mencanang bahawa rakyat Sabah telah berubah dengan pemergian Lajim Ukin meninggalkan UMNO untuk menyertai PKR. Dalam pada itu juga pelbagai kesalahan BN dihebah-hebahkan seolah-olah segala dosa di Malaysia ini terletak pada BN sahaja.

Dalam kenyataan ceramah tersebut, Kadiaq terlupa satu fakta bahawa hanya dua sahaja pemimpin/ahli UMNO yang keluar meninggalkan parti. Sudah seminggu masih tiada satu pun lagi ahli UMNO Sabah meninggalkan parti. Adakah ini yang dimaksudkan bahawa rakyat Sabah sudah menyokong Pakatan Rakyat?

Cuba mana-mana portal pembangkang nyatakan mana-mana nama ahli UMNO Sabah yang mengikut jejak langkah Lajim Ukin?

Jika hendak dibandingkan dengan pemimpin Pakatan yang lompat parti, ibarat langit dengan bumi. Setiap kali pemimpin Pakatan mengumumkan untuk meninggalkan parti, maka secara automatik dalam masa dua tiga hari akan adalah pengikut pemimpin itu yang mengikut jejak langkah pemimpin tersebut.


Ahli Pas menyetai UMNO kerana pemecatan Hasan Ali

Agak menghairankan apabila sejak bersama dengan Anwar Ibrahim, Kadiaq gemar mengeluarkan kenyataan merapu tanpa selidik. Adakah ini sindrom Anwarinas?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP