SUARAM TERBUKTI EJEN FITNAH ANWAR IBRAHIM

>> 13 August 2012


Suaram membuktikan mereka merupakan ejen fitnah Anwar Ibrahim kerana bersungguh-sungguh memperjuangkan isu kematian Altantuya yang dikaitkan dengan PM walaupun terbukti fitnah. Malah dalam beberapa bulan lepas Suaram dengan penuh yakin mengatakan bahawa PM akan dipanggil ke Mahkamah Perancis apabila isu mengenai Scorpene akan dibicarakan.

Kua Kia Soong yang merupakan pengarah Suaram seperti yang diketahui adalah rakan baik kepada Anwar Ibrahim sendiri. Apabila penipuan mengenai isu Scorpenen satu-persatu didedahkan, pengarah Suaram hanya sekadar mampu berdiam diri dan langsung tidak mampu mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai isu tersebut.

Terbaru apabila RPK mendedahkan lagi bahawa isu fitnah PM terhadap kematian Altantuya hanyalah propoganda fitnah pembangkang dan Anwar Ibrahim. Pada masa yang sama Suaram yang juga begitu bersungguh-sungguh menyebar fitnah tersebut juga gagal memberi penjelasan.

RPK mendedahkan bahawa penyiasat persendirian iaitu PI Bala hanyalah boneka yang dibayar Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan PM. Dalam skandal fitnah itu, Suaram dan beberapa individu serta agensi terlibat.

Sehingga ke hari ini apabila perkara tersebut dibongkarkan RPK, masih tiada satu pun penjelasan yang mampu diberikan oleh pihak-pihak yang menuduh PM termasuk Anwar Ibrahim sendiri. Malah agak menghairankan apabila kejantanan Anwar Ibrahim menyaman juga hilang.

Sudah terbukti jelas bahawa PM tiada kaitan dengan pembunuhan Altantuya. Mengapa masih ada pencacai pembangkang mempercayai fitnah tersebut? Adakah mereka tidak mampu berfikir?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP