ADAKAH KEKAYAAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SEBANYAK RM 1.9 BILLION LESAP?

>> 10 August 2012


Pada penghujung 2011, Khalid Ibrahim dan beberapa exco kerajaan negeri mengumumkan bahawa rizab simpanan Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM 1.9 billion. Dari jumlah itu, dianggarkan RM 700 ke 900 juta adalah dalam bentuk aliran tunai yang berjaya disimpan.

Banyak perdebatan timbul apabila Kerajaan Negeri Selangor semasa pentadbiran BN menegaskan bahawa jumlah yang ditinggalkan kepada kerajaan negeri sedia ada sebanyak RM 1.4 billion. Kerajaan negeri sedia ada sekadar menambah sedikit jumlah sahaja dalam masa 4 tahun.

Tetapi bukan itu persoalannya di waktu ini. Persoalannya, seandainya benar dakwaan MB Selangor iaitu Khalid Gagap bahawa simpanan Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM 1.9 billion, mengapa wang tersebut tidak sama sekali digunakan untuk mengatasi masalah rakyat Negeri Selangor?

Permasalah utama pastinya masalah air. Di waktu ini kerajaan negeri gagal menambah loji rawatan air bersih untuk menampung keperluan rakyat Negeri Selangor. Di waktu ini kerajaan pusat terpaksa campur tangan dengan suntikan dana untuk membantu Selangor mengurus masalah air di negeri itu.

Mengapa wang yang dikatakan berada pada jumlah RM 1.9 billion itu tidak digunakan? Kemanakah perginya wang tersebut?

Tambahan pula Kerajaan Negeri Selangor di waktu ini juga berdepan dengan banyak hutang dengan kontraktor bumiputera yang menguruskan pelbagai projek negeri. Dalam pada itu para kontraktor ini mengeluh kerana pembayaran yang tertunda sehingga lebih tempoh satu tahun. Mengapa wang tersebut masih tidak digunakan untuk melangsaikan hutang kontraktor ini yang juga merangkap rakyat Negeri Selangor sendiri?

Terbaru apabila masalah Unisel seringkali timbul. Antaranya masalah pembayaran gaji kakitangan dan hutang kepada pemaju. Tambah menghairankan apabila Unisel itu sendiri beroperasi tanpa CF. Seperti biasa Khalid Gagap seringkali mengeluarkan kenyataan tidak bermaruah dengan menyalahkan pihak lain. Persoalannya juga sama, mengapa wang tersebut sama sekali tidak digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut?

Perkara pokoknya di sini, bukanlah kita mahu mempertikaikan sebanyak mana wang yang mampu dikumpul tetapi apalah gunanya wang yang banyak tetapi rakyat tidak mendapat apa-apa faedah dari hasil pengumpulan tersebut. Masalah rakyat semakin lama semakin banyak tetapi dalam masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor masih seronok membincangkan pelan Selangorku yang merepek dari membincangkan masalah asas rakyat.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP