PASUKAN AMBIGA GAGAL, PENONTON MENJADI SAKSI

>> 30 August 2012


Jika menyingkap kembali kepada janji-janji lama Ambiga, masih diingati bahawa BERSIH 3.0 merupakan yang terakhir. Dalam pada itu berbeza pula pada malam ini apabila kumpulan-kumpulan Ambiga cuba mengadakan sebuah lagi perhimpunan haram dinamakan "Janji Bersih".

Kali ini Pak Samad akan mengetuai bersama anggota-anggota penganjur BERSIh yang lalu. Cuma bezanya, kali ini Ambiga tidak turut serta. Tetapi barisannya tetap sama seperti Maria Chin, Marina Mahathir dan lain-lain.

Pihak PDRM sudah mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan tersebut adalah haram kerana gagal memenuhi syarat-syarat untuk mengadakan perhimpunan aman. Pihak penganjur pula nampaknya degil dan masih tiada tanda-tanda akan mengundur dari mengadakan perhimpunan.

Taktik dan penonton

Kali ini seperti biasa perhimpunan akan diadakan di tengah-tengah khalayak ramai. Tujuannya cukup mudah. Supaya orang ramai dapat menyaksikan sendiri agenda mereka.

Pastinya kekecohan akan tercetus malam ini. Puak-puak Janji Bersih akan menggunakan taktik yang sama dengan mengadakan provokasi terhadap polis supaya pihak polis akan mengambil tindakan. Dalam pada itu media-media pembangkang dan antarabangsa dijemput untuk menonton adegan berskrip ini.

Setelah pihak polis mengambil tindakan dalam usaha meleraikan pihak perusuh, akan berlakulah pelbagai adegan ganas. Dalam situasi ini, pihak media akan merakam aksi-aksi yang tidak adil. Lalu segala kesalahan hanya diletakkan pada satu pihak sahaja.

Kemudiannnya penonton dan orang awam akan dijadikan juri atas kesalahan yang sudah diketahui berat sebelah. Adilkah perkara ini bagi pihak berkuasa?

Ini bukanlah kali pertama taktik ini digunapakai dalam mengadakan provokasi terhadap polis. Taktik ini sendiri pernah diadakan di beberapa negara lain. J. Edgar Hoover selaku bekas pengarah FBI pernah mengakui menggunapakai taktik yang serupa semasa rusuhan di Havana di era John F. Kennedy di dalam operasi bernama Bay of Pigs. Perkara ini boleh dibaca di dalam surat media yang dikeluarkan oleh unit risikan Amerika pada tahun 2009.

Mencegah dan kacau-bilau

Dalam keadaan ini, taktik terbaik yang boleh dilakukan adalah melalui pencegahan. Apabila kenyataan polis untuk mengharamkan perhimpunan ini dikeluarkan, pihak polis juga perlu bertindak segera dengan menangkap pihak penganjur. Tujuannya supaya aktiviti ini terus dilumpuhkan.

Objektif mereka cukup jelas untuk menganjurkan satu perhimpunan haram. Jadi apabila perkataan haram itu sendiri digunapakai, segala perkara berkaitan aktiviti tersebut perlu dihentikan.

Keadaan ini dapat membantu mengelakkan keadaan kacau-bilau yang berterusan. Kita boleh mengambil pengajaran dari peristiwa BERSIH 2.0 dan 3.0. Lihatlah sendiri walaupun peristiwa itu sudah berlalu hampir beberapa bulan, namun pihak polis masih dipersalahkan kerana tidak mencegah dengan baik dan penggunaan kekerasan oleh media-media pembangkang.

Jadi seharusnya pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri lebih berhati-hati dalam bertindak terhadap mereka ini kerana mereka mahir memanipulasi undang-undang dan menggunakan platform hak asasi manusia untuk tujuan dan kepentingan yang salah.

Jadi, penggunaan taktik mencegah lebih baik dari mengubati dilihat pilihan yang lebih baik berbanding mengawal keadaan semasa rusuhan sedang berlaku.

*Diolah dari kata-kata seorang orang kuat BERSIH 3.0.

1 comments:

Anonymous,  August 30, 2012 at 7:42 PM  

terkilan sekali melihatkan kerajaan yang sangat sangat aku menyokong bertindak tidak melaksanakan undang undang sediada. tak usah disebut kementerian dalam negeri adalah lebih baik kerana menterinya seolah olah tak der. benar kata penulis, kalau dah kata haram, segala galanya haram. menteri dalam negeri yang memberikan kerjasama juga dianggap haram. aku yakinlah ramai penyokong penyokong kerajaan tertanya tanya dan berasa hilang kepercayaan kepada undang undang. jelas sangat segala apa yang pembangkang lakukan, walaupun dinamakan haram tetapi pehak berkuasa akan memberikan kerjasam. apa ni? aku sarankan undang undang yang sediada jika tak digunapakai, buangkan ajer kedalam longkang. inilah kementerian yang menyusahkan rakyat, asyik berikan amaran tapi tak der tindakan.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP