ISU HUDUD PAS DAN DAP: NASRUDIN TANTAWI SALAHKAN UMNO?

>> 31 July 2012


Tidak mengejutkan apabila kenyataan dari Nasrudin Tantawi bahawa UMNO sengaja mempermainkan isu hudud demi meraih undi. Dalam pada itu Nasrudin juga mengatakan bahawa isu ini sebenarnya dijadikan sebagai satu alasan untuk UMNO menghentam PAS kerana tidak mampu mengamalkan dasar negara Islam.

Kenyataan Nasrudin ini sebenarnya hanya kenyataan tembak melulu. Dalam pada itu jangan dilupakan pada dua hari lepas siapakah orang yang kembali memainkan isu hudud? Bukankah Nik Aziz?

Malah dalam kenyataan tersebut sudah jelas Nik Aziz menyatakan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud tanpa mengira pandangan DAP. Adakah ini yang dikatakan salah UMNO?

Dalam pada itu kenyataan Nasrudin Tantawi sendiri membuka tembelang PAS apabila menyatakan bahawa hudud bukan lagi perjuangan utama PAS. Oleh itu Nasrudin Tantawi disarankan agar menyatakan perkara tersebut dihadapan muka Nik Aziz yang mula-mula memainkan isu hudud, bukannya menyalahkan UMNO.

PAS sememangnya bacul, lembik dan bodoh apabila perjuangan mereka dalam hukum hudud selama lebih 50 tahun hanya dipatahkan oleh seorang kafir harbi yang berkerusi roda. Itulah sikap sebenar orang PAS. Apabila disuruh bertakbir merekalah yang paling kuat memekik tetapi depan DAP kesemua pemuda-pemuda dalam PAS bertukar menjadi para pemudi.

Kenyataan Nasrudin Tantawi juga banyak berlandaskan kepada emosi apabila menyingkap sejarah bahawa PAS ditendang keluar dari Perikatan kerana UMNO walhal sejarah sudah cukup jelas mengatakan PASlah yang penyebab masalah yang terpaksa dipecat. Mungkin Nasrudin perlu bertanya sendiri kepada bekas-bekas ahli PAS yang veteran mengapa mereka tidak lagi berjuang bersama PAS untuk mendapat jawapan yang lebih jelas, bukannya sekadar bercakap tanpa fakta.

Sekiranya PAS sendiri pun gagal mengawal mulut gatal Nik Aziz, jadi ada baiknya Nasrudin Tantawi menjaga parti sendiri dari menyalahkan orang lain.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP