KRISIS AIR SELANGOR: 210,000 MENDAPAT AKIBAT

>> 07 August 2012


Sejak seminggu lepas, terdapat kawasan-kawasan di sekitar Selangor dan Lembah Klang sudah pun terputus bekalan air akibat sumber air yang tidak mencukupi. Buat masa ini ketika rakyat Negeri Selangor sedang menerima akibat, Khalid Gagap dan kuncu-kuncunya masih menyalah Syabas dan BN.

Jawapan yang mampu diberikan Khalid Gagap setiap kali ditanya mengenai krisis air Selangor hanya berunsur politik. Masih tiada satu pun idea bernas yang diberikan Khalid Gagap dalam menangani masalah tersebut.

Semakin hari semakin banyak kawasan yang sudah terputus bekalan air. Berdasarkan kepada laporan media, dianggarkan sekitar 210,000 penduduk sudah terputus bekalan air. Malah jangkaan mengatakan angka tersebut kian bertambah sekiranya tiada jalan penyelesaian.

Dalam pada itu jangan dilupakan bahawa Syawal juga kian hampir. Ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, air adalah bekalan asas. Jadi, bolehkah anda bayangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tanpa bekalan air di rumah anda?

Khalid Gagap masih menyalahkan Syabas kerana tidak memberikan air kepada rakyat Selangor. Realitinya bekalan air Selangor tidak mencukupi kerana tidak cukup loji rawatan air. Perkara ini sudah pun dibincangkan beberapa tahun lalu untuk menambah loji baru tetapi hanya dipandang enteng Khalid Gagap.

Ketika Khalid Gagap masih menyalahkan orang lain, rakyat Selangor semakin menderita. Palign menyedihakan apabila sehingga ke hari ini Khalid Gagap masih tidak membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP