NASRUDIN TANTAWI MUNGKIN TERLUPA...

>> 22 August 2012


Tidak sampai sehari Nasrudin Tantawi mengeluarkan kenyataan konon-kononnya betapa melampaunya Karpal Singh dalam mengeluarkan kenyataan menentang hukum hudud. Dalam pada itu beberapa kaki pelupa seperti Nasrudin Tantawi juga turut bangkit menghentam Karpal dalam masa yang sama.

Di sini apa yang ingin dibangkitkan betapa keikhlasan PAS dalam memperjuangkan hukum hudud hanya indah khabar dari rupa. Seperti yang diketahui, kerjasama PAS dan DAP ditemukan berasaskan salah satu faktor iaitu "bersetuju untuk tidak bersetuju".

Dalam pada itu juga sebelum ini juga Nasrudin Tantawi turut sama bersama beberapa Pak Turut DAP dalam menegakkan konsep tersebut dengan menghentam mana-mana suara ahli PAS yang masih enggan menegakkan perjanjian tersebut.

Ini adalah perkara yang amat menghairankan kerana dalam masa tidak sampai 2 bulan perjuangan PAS sudah berubah-ubah. Malah dalam masa 4 tahun ini juga jangan dilupakan sudah berapa kali konsep perjuangan PAS berubah-ubah mengikut kehendak pemimpin DAP dan PKR. Jadi permainan tarik tali ini menunjukkan dengan jelas betapa perjuangan PAS boleh digadai dengan hanya kata-kata dan jaminan beberapa pemimpin kaki kelentong Pakatan Rakyat sahaja.

Jika dikaji kembali juga, ini bukanlah kali pertama Karpal mengeluarkan kenyataan menghina hudud dan perjuangan PAS. Dalam pada itu juga TIDAK PERNAH SAMA SEKALI KARPAL DAN MANA-MANA PEMIMPIN DAP MEMINTA MAAF. Jadi, inikah "keikhlasan" yang cuba ditunjukkan PAS dalam Pakatan Rakyat?

2 comments:

Anonymous,  August 22, 2012 at 11:29 PM  

tak sangka dia dah lah penipu tapi bangang juga rupanya

Anonymous,  August 24, 2012 at 6:50 PM  

kepala butuh anda wahai nassarudin tantawi baghal wal unta.dap tetap menolak hudud..perasan kamu ni macam kaki nombor ekor

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP