PAS HANYA MAMPU MENANG 20 KERUSI MAKSIMUM DARI 60 KERUSI

>> 04 August 2012


Berdasarkan kepada statistik PRU 12, PAS bertanding sebanyak 66 kerusi Parlimen tetapi hanya mampu menang sebanyak 23 kerusi. Berdasarkan kepada fakta ini, PAS hanya memperolehi kemenangan sebanyak 35% dari jumlah kerusi yang ditandingi.

Untuk fakta, jumlah 35% ini merupakan jumlah kemenangan PAS dalam mana-mana PRU yang pernah berlangsung dari negara ini. Jika berdasarkan kepada purata keseluruhan PAS hanya mempunyai peratusan kemenangan tidak sampai 25%.

Pada PRU 13, PAS sudah menyatakan akan bertanding sebanyak 60 kerusi. Dari unjuran fakta dia atas yang menunjukkan PAS hanya menang sebanyak 35% kerusi, jumlah maksimum yang mampu dimenangi PAS hanya 20 kerusi.

Statistik dan penilaian ini tidak termasuk beberapa faktor lain seperti unjuran sokongan yang sudah berubah dan isu-isu semasa yang gagal ditangani PAS.

Sekiranya ditambah faktor-faktor ini ke dalam angka-angka tersebut, PAS hanya mampu menang tidak sampai 15 kerusi.

Persoalannya, bagaimana PAS hendak melaksanakan hudud dengan hanya berbekalkan tidak sampai 20 kerusi?

Jadi berdasarkan kepada fakta ini sudah jelas bahawa PAS sampai bila-bila pun tidak mampu menjadi kerajaan mutlak melainkan terpaksa tunduk kepada PKR dan DAP. PAS juga sampai bila-bila tidak mampu jadi dominan sekiranya mengira pengiraan matematik mudah seperti ini pun tidak mampu dianalisis.

Ini yang dikatakan PAS ganti UMNO? Sampai bila-bila pun PAS tidak akan mampu ganti UMNO jika bertanding tidak sampai separuh dari kerusi Parlimen.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP