LIM GUAN ENG CUBA MENYOROK SIKAP SEBENAR DIKTATORNYA DENGAN POLISI BARU

>> 06 August 2012


Si lidah bercabag mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa polisi Kerajaan Pulau Pinang yang baru sedia menerima kritikan dan makian dari segenap pelusuk pihak sekiranya terdapat perkara-perkara yang salah dalam pentadbiran. Dalam pada itu si lidah bercabang menegaskan bahawa perkara ini dirujuk sebagai hak demokrasi dalam pentadbirannya.

Agak melucukan kata-kata tersebut keluar dari seseorang yang mempunyai kriteria diktator seperti Lim Guan Eng. Selama mentadbir Pulau Pinang, Lim Guan Eng lebih banyak menyaman dan menentang golongan yang mengkritik dari menerima.

Ini dapat disaksikan sendiri dalam kes terbaru mengenai isu tapak Bayan Mutiara dimana rakyat Pulau Pinang dan blogger pro kerajaan mempertikaikan tapak rumah ibadat yang dimusnahkan pemaju atas nama kemajuan. Dalam kenyataan media Lim Guan Eng mengatakan bahawa ianya adalah isu perkauman yang dibawa UMNO sedangkan hakikatnya umat Islam Pulau Pinang sudah hilang satu rumah ibadat yang sememangnya amat sukar dibina rejim Lim Guan Eng.

Malah dalam kes ADUN tong gas pada beberapa tahun lepas, dapat disaksikan sendiri bahawa ADUN tong gas berkenaan yang merangkap orang kanan Lim Guan Eng pada asalnya mempertahankan tindakannya sebagai betul semasa isu serbuan ke atas peniaga-peniaga di sekitar Komtar.

Demo mana-mana pertubuhan atau rakyat dalam menyerahkan memorendum kepada Lim Guan Eng sering dikritik. Dalam mana-mana demo yang menentang Lim Guan Eng, selalunya golongan pendemo ini akan digelar pengacau. malah dalam kenyataan media si lidah bercabang ini secara terbuka meminta Ketua Polis Pulau Pinang untuk menangkap pengacau tersebut.

Perkara-perkara diatas hanyalah secebis dari kisah betapa diktatornya Lim Guan Eng dan rejim DAP Pulau Pinang. Jadi inikah yang dikatakan Kerajaan Pulau Pinang sedia dikritik dan dimaki? Adakah ini yang dimaksudkan demokrasi apabila setiap tindakan rejim DAP di Pulau Pinang sentiasa dianggap betul dan orang lain dianggap salah?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP