APABILA ULAMA' PAS BUKA MULUT, PARASIT PAS YANG MELOMPAT

>> 16 August 2012


Kenyataan Ustaz Nasharudim Mat Isa kepada kepimpinan PAS beberapa hari lepas benar-benar menggemparkan parasit-parasit PAS. Dalam pada itu sudah kedengaran dari blog dan Haprakah artikel menghentam ustaz Nasha secara terbuka.

Ini kisah dua muka yang amat berbeza. Mereka tidak menyukai Ustaz Nasha mengeluarkan kenyataan menghentam kepimpinan secara terbuka sebaliknya mereka pula boleh mengeluarkan kenyataan menghentam secara terbuka. Di mana keadilan bersuara dalam situasi Ustaz Nasha? Bukankah perkara ini mirip kepada isu pemecatan Dr. Hasan Ali di mana hanya satu pihak sahaja dibenarkan bersuara?

Dalam pada itu jika dilihat kembali orang-orang PAS yang benar-benar marah dan mengeluarkan kenyataan keras dan tegas terhadap Ustaz Nasha kesemuanya bolehlah dikategorikan sebagai parasit PAS seperti yang dimaksudkan oleh Dr. Hasan Ali. Mereka inilah yang lebih sudu dari kuah. Kenyataan Ustaz Nasha belum pun dikaji, sudah melompat-lompat beruk-beruk parasit ini kepanasan seolah-olah mereka yang termakan cili.

Seperti diketahui juga Ustaz Nasha sahajalah daripada sayap ulama' PAS yang mampu bersuara kerana benar. Jika hendak diharapkan kepada yang lain, kesemuanya sudah hilang kejantanan. Inilah yang dikatakan politik yang sihat tetapi puak-puak parasit melihat perkara itu sebagai batu penghalang kepada mereka untuk mendominasi PAS secara total.

Jika kita memerhati dan melihat kembali secara teliti, anda dapat perasan juga sebenarnya golongan-golongan yang melompat ini juga adalah dari kategori Anwarinas yang tegar. Mereka ini sanggup menolak kata-kata dari ulama' tapi sanggup menerima kata-kata manusia munafik bernama Anwar Ibrahim.

Jadi sememang benarlah telahan Dr. Hasan Ali bahawa ulama' di dalam PAS sudah huilang lidah untuk bersuara. Kini suara-suara parasit dan Anwarinas menguasai segalanya sehinggakan kebatilan dan kebenaran tidak mampu dibezakan lagi.

Ini amat berbeza dengan UMNO di mana kepimpinan di waktu ini lebih terbuka dan matang. Kepimpinan di peringkat atas sedia menerima kritikan dan mendengar masalah. Cara bagaimana hendak disampaikan tidak penting cuma yang penting jalan penyelesaian yang perlu dicari. Cuma agak memalukan apabila kepimpinan atasan sedia mengamalkan perkara tersebut, terdapat puak-puak bawahan di peringkat kecil yang ada mengamalkan mentaliti ortodoks PAS "leader always right". Tak perlulah disebutkan siapa untuk mengelakkan pertikaman lidah.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP