PKR TERDESAK MEMPERTAHANKAN SELANGOR. KHALID GAGAP MASIH TIDUR

>> 07 August 2012


Khalid Gagap masih hilang punca dalam mengekalkan Selangor dalam tangan PKR. Strategi untuk mengadakan PRU berasingan semakin tidak relevan apabila tempoh luput Parlimen hanya berbaki 6 bulan.

Dalam satu sidang media pada tahun lepas, Anwar telah menyatakan kesediaan Selangor untuk mengadakan pilihanraya berasingan dari PRU. PM pula telah mengumumkan pada beberapa bulan lepas bahawa tarikh PRU telah ditetapkan tetapi hanya diketahui oleh PM seorang.

Tetapi menghairankan apabila Khalid Gagap masih berteka-teki bilakah PRU. Dalam masa yang sama Khalid Gagap sendiri tidak mengatur tarikh untuk mengadakan pilihanraya untuk Selangor. 

Jadi, apakah yang cuba dibuktikan oleh Khalid Gagap sebagai seorang MB?

Sepatutnya apabila tindakan Selangor cuba mengadakan pilihanraya berasing, Khalid Gagap sudah pun boleh menetapkan bilakah tarikh pilihanraya tersebut. Adakah secara tidak langsung Khalid Gagap tidak mampu berfikir tentang perkara tersebut?

Haprakah pula tidak habis-habis menghentam PM kerana masih tidak mengumumkan pembubaran Parlimen. Pelbagai tohmahan diberikan seperti BN pengecut, mahu berkuasa selama yang boleh dan lain-lain lagi. Jika benar Pakatan Rakyat berani, mengapa tidak dibubarkan sahaja DUN-DUN negeri di bawah naungan Pakatan? Apa macam? Ada berani?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP