PAS MEMAINKAN SENTIMEN BENCI KERAJAAN PERSEKUTUAN, SAYANGI ANWAR IBRAHIM

>> 26 August 2012


Dalam satu kenyataan Haprakah, seorang pemimpin PAS dengan lantang menyeru rakyat Kelantan agar menyokong dasar kerajaan negeri yang sedia ada. Kerajaan negeri sedia ada yang dimaksudkan ialah Kelantan yang sudah ditadbir PAS puluhan tahun.

Dalam pada masa yang sama berbagai kata-kata manis berbaur pujukan turut dinyatakan demi menjamin masa depan PAS Kelantan yang dilihat semakin lama semakin goyah.

Untuk sekian kalinya kita terfikir sejenak betapa dua ideologi yang cuba diterapkan PAS dalam mana-mana pentadbiran mereka di Malaysia. Pertamanya dilarang sama sekali lawan PAS dalam bentuk apa sahaja pun. Segala usul dan dasar yang dibentang PAS harus disokong walaupun dilihat sama sekali tidak realistik seperti Projek Kambing Jamnapari dan Skim Ladang Rakyat Kelantan. Sesiapa yang melawan akan menerima hukuman seperti beberapa ahli dan pemimpin PAS yang dipecat.

Keduanya, segala bentuk idea dan dasar kerajaan BN harus ditolak walaupun amat diperlukan rakyat seperti BR1M. KR1M. Skim Rumah Pertamaku dan lain-lain lagi. Mengapa perlu ada dua tahap berbeza dalam penerimaan dasar yang cuba diterapkan PAS Kelantan kepada rakyat?


Dalam pada itu segala kegoyahan PAS Kelantan semakin hari semakin meruncing sehinggakan ada kedengaran khabar angin bahawa Kelantan akan bertukar kerajaan. Adakah kenyataan pemimpin PAS Kelantan ini dalam usaha menagih simpati suppaya rakyat masih menyokong PAS walaupun dilihat sudah hilang perjuangan Islam yang dibawa mereka?

Dalam konteks pentadbiran Islam PAS di Kelantan, masjid yang mampu dibina tidak sampai lima buah manakala tokong cukup banyak dan besar. Patung berhala terdapat pelbagai bentuk. Baring, mengiring, terlentang, duduk dan berdiri semuanya ada. Inikah yang dimaksudkan "Membangun Bersama Islam"?

Dalam pada itu pemimpin PAS tidak layak sama sekali untuk menyeru rakyat Kelantan untuk menyokong dasar kerajaan negeri kerana mereka sama sekali pun tidak pernah menyokong dasar Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran BN. Lihat sahaja bentuk tentangan PAS seperti demo, ceramah mengutuk dan doa pecah perut. Inikah contoh yang baik yang mahu ditunjukkan para pemakai serban PAS kepada rakyat Kelantan?

Amat menyedihkan sekiranya hak rakyat memilih untuk meyokong atau menolak dasar kerajaan juga cuba dipengaruhi oleh PAS. Dalam pada itu PAS harus sedar bahawa mereka bukanlah raja di Kelantan dan dalam bila-bila masa mereka akan dihukum rakyat Kelantan sendiri.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP