BAGAIMANA KREDIBILITI SANG HAJI PAKATAN RAKYAT?

>> 18 August 2012


Sia-sia sahajalah si Zunar mengerjakan haji sekiranya masih tidak mampu mengubah perangai seperti apa yang tertulis di kartun ini. Ketika Zunar beriya-iya memburuk-burukkan PM dengan Altantuya, pernahkah Zunar ini terfikir bahawa isu perkaitan antara PM dan Altantuya tidak pernah dibuktikan?

PM pernah bersumpah laknat untuk membuktikan dirinya tiada kaitan dengan Altantuya. Mampukah mana-mana pihak yang sebaris dengan Zunar bersumpah laknat bahawa sememangnya terdapat bukti bahawa PM ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya? Jika berani sila tampil dan buat secara di khalayak dan bukannya sekadar kutuk-mengutuk taraf manusia tidak bertamadun seperti Zunar ini.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP