LAJIM UKIN GAGAL BAWA AHLI UMNO KELUAR SERTAI PKR

>> 03 August 2012


Anwar mungkin termalu memikirkan bahawa strateginya untuk membawa ahli UMNO keluar di Sabah tidak berjaya. Perancangan Anwar mudah. Sekiranya kepala keluar, maka badan dan ekor pastinya akan menurut sama. Tetapi perkara itu tidak terjadi.

Kepala yang dimaksudkan ialah Lajim Ukin yang meninggalkan UMNO kerana menggilakan kuasa yang belum pasti ditawarkan oleh Anwar. Ketika rakan-rakan karib Anwar berpusu-pusu meninggalkan Anwar, tidak disangka rupa-rupanya Lajim Ukin termakan racun Anwar. Mungkin setelah beberapa ketika Lajim Ukin pastinya akan menyesal kerana mengenali Anwar sebagai seorang penipu paling berjaya dalam sejarah Malaysia.

Buat masa ini masih tiada laporan dari UMNO Sabah bahawa terdapat ahli UMNO yang menyertai PKR. Dengan kata lainnya mengikut jejak langkah Lajim Ukin. Jadi strategi Anwar bolehlah diklasifikasikan sebagai antara perancangan yang gagal.

Malah amat mengejutkan apabila hari ini UMNO Sabah sudah berjaya mencari pengganti kepada Lajim Ukin. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa UMNO Sabah seperti sudah melakukan persediaan untuk Lajim Ukin keluar parti.

Walau bagaimanapun tahniah kepada ahli UMNO Sabah yang tidak mengikut jejak langkah Lajim Ukin.

1 comments:

Anonymous,  September 17, 2012 at 5:48 PM  

Hidup BN!!!!

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP