USTZA NASHA SEDIA JUMPA KARPAL DI MAHKAMAH

>> 19 August 2012


Ustaz Nasha sudah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kesediaan dirinya untuk disaman Karpal untuk menegakkan negara Islam. Seperti diketahui Karpal yang juga selaku Pengerusi DAP telah sekian lama tidak mengiktiraf perlaksanaan negara Islam di negara ini.

Kemelut DAP dan PAS berterusan sehingga ke saat ini. PAS pula tidak sedar bahawa perpecahan dalaman parti semakin runcing dengan sebahagian menjadi pak angguk Karpal dengan mengeluarkan kenyataan "bersetuju untuk tidak bersetuju" manakala sebahagian lagi terus-menerus menolak pendirian DAP. Malah ada juga sebahagian lain yang menyokong perpaduan UMNO-PAS dalam usaha menyatukan umat Islam untuk menegakkan negara Islam.

Perpecahan PAS ini masih lagi gagal dikesan pemimpin tertinggi. Malah suara ulama' juga kian kelam ditelenggami golongan Anwarinas yang berleluasa di dalam PAS.

Inilah realiti PAS pada hari ini. Ketika mereka berpuak-puak, DAP pula terus-menerus bersatu-padu untuk menghancurkan segala agenda umat Islam di Malaysia.

Kenyataan Ustaz Nasha ini dilihat amat berani dan melangkaui persetujuan pemimpin tertinggi PAS yang masih mengamalkan konsep "bersetuju untuk tidak bersetuju". Tetapi jangan pula terkejut di masa hadapan apabila akan ada golongan Anwarinas bersuara mempertahankan Karpal pula.

Perlu dijelaskan bahawa PAS sudah pun menggadaikan perjuangan parti kepada DAP atas nama Pakatan Rakyat. Jadi, sudah sampai masanya penyokong PAS sedar bahawa PAS hanya tinggal nama sahaja. Perjuangan PAS sudah lama berkubur.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP