BAPA PERKAUMAN AKAN JAWAB ATAU BELIT ISU 13 MEI?

>> 10 August 2012


Roketkini melaporkan bahawa bapa perkauman Malaysia iaitu Lim Kit Siang akan menjawab isu dan tuduhan mengenai peristiwa 13 Mei yang dilemparkan. Isu itu akan dijawab melalui wawancara. Wawancara?!

Mengapa perlu menjawab dengan sesi wawancara? Mengapa tidak menjawab dengan sidang media terbuka? Ini pastinya kerana Lim Kit Siang cuba mengelakkan diri dari soalan wartawan sekiranya sidang media terbuka diadakan.

Peristiwa 13 Mei sudah pun berlaku lebih 40 tahun. Amat menghairankan mengapa semasa Laporan Mageran dikeluarkan, Lim Kit Siang sendiri tidak mampu mengeluarkan kenyataan. Mengapa baru hari ini terhegeh-hegeh hendak keluar kenyataan?

Jawapannya mudah. Jika 20 tahun lepas Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan mempertahankan diri semasa peristiwa 13 Mei, pastinya kenyataannya terang-terangan dihidu rakyat dan barisan pemimpin kerajaan sebagai pembohongan kerana mereka adalah saksi untuk peristiwa tersebut. Tetapi pada hari ini, hanya segelintir sahaja saksi peristiwa tersebut yang tinggal. Malah dalam kabinet sendiri tidak ada seorang pun pemimpin BN yang menyaksikan peristiwa 13 Mei di Kuala Lumpur. 

Tetapi agak sukar Lim Kit Siang menipu fakta kerana segala kejahatan Lim Kit Siang telah lama dicatat oleh penulis-penulis sejarah. Cuma kita terfikir sampai bilakah Lim Kit Siang mahu menafikan fakta tersebut.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP