PEMIMPIN PAS BERI JAMINAN ARTIS PAS AKAN LEBIH TERKENAL

>> 14 August 2012



Pemimpin PAS memberi jaminan bahawa artis PAS akan diberi ruang secukupnya untuk bergerak dalam bidang mereka. Percakapan ini keluar dari mulut pemimpin PAS sendiri. Tetapi agak menghairankan apabila sejak kebelakangan ini pemimpin PAS sudah kurang mengetengahkan suara ulama' mereka sendiri seperti Ustaz Harun Din dan Ustaz Harun Taib.

Tambah membingungkan kenyataan pemimpin PAS ini terlalu banyak tafsiran dan taksiran kerana ianya disampaikan dalam bentuk umum.

Apa yang dilihat dari mata rakyat, artis PAS hanyalah sekadar boneka mengutuk kerajaan dan BN di atas pentas ceramah. Jika dilihat kepada kredibiliti percakapan mereka juga, mereka ini cukup bersyukur selepas menyertai PAS. Penyertaan mereka ke dalam PAS ini digelar "hijrah".

Persoalannya hijrah dalam bentuk bagaimana? Hijrah baru sebulan sudah dijemput ke atas pentas mengutuk kerajaan?! Malah jika masih diingati "Ustaz" Bob Lokman yang baru setahun berhijrah sudah pandai mengkafirkan orang! Hijrah apakah ini?!

Dalam pada itu juga perlu diingat bahawa PAS bukanlah agama. Mengapa perlu diungkapkan perkataan hijrah @ insaf selepas menyertai PAS?

Perlu diingat bahawa orang yang benar-benar berhijrah mencari ulama' untuk menimba ilmu. Bukannya Mat Sabu yang ada isu khalwat dengan isteri orang! Hijrah juga menuntut seseorang kembali kepada agama Islam, bukannya menganut agama PAS!

Saya percaya dalam masa terdekat ini artis-artis ini akan tetap diusung ke sana sini untuk berceramah. Ulama' pula terus terpinggir dan terpaksa mendiamkan diri kerana lidah mereka sudah dipotong DAP dan parasit dalam PAS.

Sudahkah kita lupa kepada Hasan Ali? Orang yang benar-benar memperjuangkan Islam akhirnya ditendang dari PAS tanpa pembelaan sewajarnya sebaliknya kaki menghasut dan penipu bermaharaja lela dan diberikan jawatan yang tinggi dalam parti.

Orang PAS tolonglah fikir apa masa depan parti anda yang konon-kononnya sangat Islam.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP