HAJI HADI TOLONG JANGAN JADI HAJI FITNAH!

>> 30 August 2012


Kenyataan media Haji Hadi pada bulan lepas dalam artikel bertajuk DAP Menentang Hudud, UMNO Menolaknya,
Hudud ditolak oleh UMNO 
Kemudian daripada itu, kerajaan Kelantan mendapat surat amaran daripada Kerajaan Pusat pimpinan UMNO. Kerajaan Terengganu dan Kelantan didakwa dimahkamah oleh pemimpin UMNO kerana undang-undang tersebut. Berikutnya berlaku kempen menakutkan pelabur dan rompakan royalti Petroleum daripada Terengganu melalui usul perwakilan Umno Terengganu dalam Perhimpunan UMNO tahun 2000 dan dinafikan hak Kelantan.Tetapi tidak dilakukan kepada Sabah dibawah PBS dan Singapura ketika dalam Malaysia. Di mana salahnya PAS?

Inilah dia dua sikap yang berbeza. DAP ditonjolkan sebagai parti yang menentang hudud oleh media arus perdana kawalan Kerajaan BN, dalam masa yang sama hakikatnya ialah UMNO yang berkuasa memimpin kerajaan pusat itu pula juga menolak Hudud dengan rentetan seperti yang saya tulis di atas. DAP menolak hudud dengan menampilkan hujah mereka, manakala MCA pula menolak hudud dengan tempikan tuduhan UMNO hilang akal.

Hakikatnya ialah tema “Hudud” ini telah dan kembali lagi menjadi kitaran isu musim pilihanraya oleh UMNO untuk melaga-lagakan rakyat, tanpa rasa bertanggungjawab terhadap panduan agama Islam yang murni. Sedangkan merekalah yang sebenarnya sekian lama menolak hukum hudud ini! 
Sekian untuk pusingan pertama, sila tunggu pusingan berikut kalau ada silat gayungnya.
Haji Hadi dengan jelas menyatakan fitnah bahawa UMNO menolak Hudud dan menpergunakan isu Hudud untuk kepentingan PRU. Untuk pengetahuan, UMNO sama sekali tidak pernah menolak Hudud dalam mana-mana kenyataan yang dikeluarkan pemimpin UMNO.

Malah TPM pernah menyatakan bahawa Kerajaan akan bersedia melaksanakan Hudud pada masa akan datang dan akan memikirkan perkara tersebut. Kenyataan ini telah pun dijelaskan dengan mudah bahawa Hudud bukanlah satu pertimbangan mudah untuk dilaksanakan.

Realitinya Kerajaan Pusat menolak Hudud PAS dan bukan Hudud Allah. Ini sudah dinyatakan sendiri oleh Tun Mahathir beberapa hari lepas. Tun Mahathir turut menegaskan dua keadaan jika Hudud PAS dilaksanakan iaitu sekiranya dua orang mencuri, si Islam di potong tangan sebaliknya si kafit hanya dipenjara, Jadi adakah Hudud PAS ini mempu menterjemahkan keadilan?

Hudud PAS bukanlah sesuatu dasar perlaksanaan yang tepat kerana ianya sama sekali jauh dari ciri-ciri Islam. Malah ianya tidak mampu membawa keadilan sejagat sedangkan Islam menerapkan nilai-nilai keadilan  dalam kepimpinan sesebuah negara.

Malah untuk pengetahuan Hudud PAS pernah dilaksanakan di negara-negara seperti Bangladesh, Afghanistan dan Pakistan dan ianya terbukti gagal sama sekali. Lihat sahaja keadaan negara-negara tersebut ketika ini. Adakah keadilan mampu dibuktikan oleh negara-negara tersebut dengan mengamalkan Hudud ke atas orang Islam sahaja?

Ustaz Kazim Elias juga pernah menyatakan perkara ini semasa berceramah di rumah MB Perak.



Realitinya, PAS sendiri yang menolak Hudud dengan menyatakan persetujuan dengan DAP bernama "bersetuju untuk tidak bersetuju"! Jadi masihlah perlu pemimpin-pemimpin PAS menuding jari kepada UMNO ke atas kegagalan mereka sendiri?

Dalam pada itu, isu Hudud pertama kalinya dibangkitkan sendiri oleh Nik Aziz dan bukannya mana-mana pemimpin UMNO seperti yang didakwa Haji Hadi. Seperti yang pernah dinyatakan akhbar, Nik Aziz sendiri yang mengeluarkan kenyataan akan tetap melaksanakan hudud tanpa mengira pandangan Karpal Singh.


Jadi adakah dengan ini Haji Hadi mampu menangkis fakta bahawa isu Hudud dicetuskan oleh pemimpin UMNO? Bukankah sepatutnya Haji Hadi menyalahkan Nik Aziz kerana membawa perkara ini pada permulaan?

Haji Hadi sepatutnya lebih banyak berfikir sebelum berkata-kata kerana terbukti terlalu banyak fitnah yang dikatakan dari fakta. Malah ianya sama sekali tidak mencermin kata-kata yang keluar dari mlutu ulama' dengan fitnah sebegini. Jadi mungkin selepas ini Karpal boleh menyeru Haji Hadi supaya bertaubat.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP