KERAJAAN NEGERI SELANGOR MEMBAZIR WANG RAKYAT DENGAN MENAMPUNG RAFIZI

>> 03 August 2012


Kerajaan Negeri Selangor melakukan satu lagi pembaziran wang rakyat dalam menyelamatkan kroni mereka dari didakwa di mahkamah. Terbaru Kerajaan Negeri Selangor dikhabarkan akan menyalurkan wang untuk menampung kos perbicaraan Rafizi kerana fitnah yang dilakukan.

Permasalahan pembaziran wang rakyat Negeri Selangor bukan perkara baru. Sebelum ini pun telah banyak pembaziran demi menyelamatkan individu tertentu atau pun kroni sendiri dari perkara-perkara seperti ini.

Kes sebelum ini apabila wang rakyat dibazirkan dengan menampung perbicaraan ADUN Seri Muda yang kurang ajar terhadap Sultan. Mengapa kesalahan-kesalahan individu ini perlu ditampung dengan wang rakyat?

Dalam pada itu pembaziran wang juga dilakukan dengan melakukan kempen-kempen yang tidak munasabah untuk Pakatan Rakyat seperti Himpunan Hijau dan lain-lain kempen mengarut.

Persolannya ringkas. Apa jasa dan kena-mengana Rafizi dengan Kerajaan Negeri Selangor sehinggakan wang rakyat dibazirkan dengan sedemikian rupa?

Jawapannya mudah. Kroni. Itulah usaha yang dilakukan dalam menyelamatkan kroni mereka sendiri.

Sudah cukup jelas bagaimana agenda kronisme yang dipupuk Anwar sebagai Punaisihat RM 1 Kerajaan Negeri Selangor berkembang dalam bentuk yang negatif. Mengapa wang rakyat yang perlu disasarkan apabila setiap kali individu-individu durjana ini melakukan kesalahan? Mengapa rakyat perlu sama menanggung kesalahan mereka?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP