PENGANJUR JANJI BERSIH ADALAH AKTIVIS TIADA KELAS

>> 27 August 2012



Bukan main penjilat Anwar Ibrahim ini menghentam PDRM kerana mendakwa sengaja melengah-lengahkan jawapan kepada permohonan untuk mengadakan perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka. Hakikatnya, pihak polis sama sekali tidak perlu mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana permohonan penganjur Janji Bersih sememangnya tidak akan dilayan. Ini kerana permohonan tersebut melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2011 yang mensyaratkan penganjur memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan kepada polis.

Tetapi agak menghairankan kerana penganjur sendiri yang kebanyakannya terdiri dari peguam-peguam handalan gagal untuk memahami akta tersebut. Jadi selepas ini tidak perlu dipersalahkan mana-mana pihak kerana realitinya kegagalan menganjurkan demo Janji Bersih adalah kerana kegagalan pihak penganjur sendiri. Malaysiakini pula tidak perlu menegakkan benang yang basah kerana telah terbukti siapakah yang tidak memahami perlembagaan.

1 comments:

Anonymous,  August 28, 2012 at 10:31 AM  

memang disengajakan oleh mereka..spt mana yg dilakukan oleh mereka sebelum ni..memang disengajakan dan berharap segala apa yg berlaku akan backfire pada BN.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP