TIADA SUARA UNTUK ULAMA' DALAM PAS

>> 27 August 2012

Sememangnya semakin jelas siapakah kuasa-kuasa utama dalam menentukan hala tuju untuk sesuatu parti politik dalam PAS. Terbaru sudah ada suara-suara Anwarinas di dalam PAS yang meminta agar Ustaz Nasha dipecat dari PAS kerana kenyataan menghina Karpal dan kepimpinan PAS berkaitan dengan hudud.

Sejak kebelakangan ini, suara ulama' sering dinafikan di dalam PAS. Malah ulama sedia ada sering dilihat sekadar menjadi boneka kepada DAP dan PKR. Dalam sesuatu isu, segala keputusan sudah dapat diramal kerana ianya hanya menurut kepada skrip DAP dan PKR dan PAS pula hanya berlagak sebagai pelakon untuk menjahanamkan parti sendiri. Jadi, tahniah kepada DAP dan PKR kerana mampu membuatkan PAS benar-benar seperti anjing suruhan di dalam Pakatan Rakyat.

Sekiranya pemecatan Ustaz Nasha terjadi, maka DAP pastinya parti yang paling melompat bergembira menerima perkara tersebut kerana ianya adalah simbolik kepada mereka untuk menghancurkan Islam di Malaysia. Bagi PAS pula, seperti biasa, mereka akan terus-menerus mengatakan perkara tersebut adalah keperluan di dalam Pakatan Rakyat walaupun realitinya ianya hanyalah keperluan kepada DAP dan PKR.

Tambah membingungkan apabila ulama'-ulama ' di dalam PAS yang mendapat jawatan tinggi pula sekadar mampu mengiyakan segala kemungkaran yang dilakukan DAP dan PKR. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Haji Hadi Awang. Sejak kebelakangan ini lebih banyak fitnah dari fakta yang keluar dari mulut pemimpin bertaraf ulama' ini. Jadi, adakah ini yang dikatakan pemimpin Islam yang zuhud sehinggakan fitnah dan fakta tidak mampu dibezakan?

Mungkin PAS terlupa bahawa Islam itu sendiri mengagungkan para ilmuwan seperti golongan ahli sufi dan para ulama' untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Jadi adakah dengan pemecatan Ustaz Nasha PAS akan lebih Islamik?

Secara jujurnya, sekiranya pemecatan Ustaz Nasha terjadi, PAS berjaya membuktikan bahawa mereka lebih teruk dari parti kafir harbi DAP dan parti munafik PKR kerana gagal menyatukan ahli mereka sesama sendiri kerana perjuangan yang kabur.

1 comments:

Anonymous,  August 27, 2012 at 6:31 PM  

Mesyuarat Agong PAS akan datang kita ramai2 pakat lantik mat sabu jadi presiden PAS kerana ia amat berkebolehan dan berpandangan jauh berbanding pemimpin2 PAS lain

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP