ASPAN RISAU MELEPAS JAWATAN MB

>> 09 August 2012


Usaha DAP dalam cuba memenangi minat rakyat untuk menyokong parti tersebut mungkin tidak kesampaian sama sekali. Setiap kali pemimpin DAP mengatakan bahawa parti tersebut tidak mengamalkan perkauman, ianya hanya sekadar kata-kata di sebalik agenda mereka.

Aspan Alias dan beberapa pengkhianat Melayu dalam DAP seringkali mengungkapkan bahawa dengan menyokong DAP tidak hilang semangat Melayu seseorang itu. Tetapi adakah orang Melayu mempunyai suara dalam parti perkauman ini?

Sudah dua kali rakyat Malaysia memberikan kepercayaan mereka kepada DAP untuk mentadbir negeri, dalam waktu itu juga kepercayaan rakyat Malaysia tergadai. Segala harapan hanya tinggal harapan.

Masih ingatkah peristiwa 13 Mei? Dalang kepada peristiwa tersebut yang merupakan pemegang jawatan besar dalam DAP kini. Setelah diberikan kepercayaan untuk mentadbir kerajaan, orang-orang Melayu dihalau keluar dari kawasan sendiri. Sehingga ke hari ini pemimpin tersebut langsung tidak mahu memohon maaf. Malah dengan bongkaknya pemimpin tersebut tidak mengakui segala kesalahannya dan terus-menerus menuding jari kepada orang lain.

Akibat sifat perkauman pemimpin DAP, nyawa jadi tidak berharga
Kali kedua pada PRU 12 yang lalu rakyat sekali lagi memberikan kepercayaan kepada DAP untuk mentadbir. Tetapi agenda dan hala tuju berbaur perkauman sememangnya tidak dapat dilepaskan DAP. Perkara yang sama hampir berulang.

Sudah lupa peristiwa Kampung Buah Pala di mana masyarakat India dihalau seperti anjing dari rumah sendiri? Seperti biasa, pemimpin DAP sekadar lepas tangan dan menganggap perkara tersebut telah selesai. Malah tambah menyedihkan apabila ada pencacai bodoh yang tidak mampu berfikir mengiyakan perkara tersebut.



Di Selangor juga terjadi perkara yang serupa apabila hak orang Islam sentiasa dinafikan oleh pemimpin-pemimpin DAP atas nama "kebebasan". Setiap kali konflik melibatkan kaum, perkara tersebut segera dinafikan.
Forum ekonomi yang hanya berbahasa cina. Dimanakah forum ekonomi menggunakan bahasa kebangsaan?
Babi panggang untuk menyambut kemenangan PRU 12
Ladang babi dibuka di kampung Melayu
Terlalu sukar untuk rakyat Malaysia memaafkan kejahatan pemimpin-pemimpin DAP. Malah pemimpin-pemimpin mereka juga enggan mengakui kesalahan mereka dan meminta maaf kepada rakyat.

Tambah menghairankan apabila ada orang Melayu yang mabuk kuasa sanggup menggadaikan bangsa sendiri mempertahankan DAP.

Dalam pada itu sudah jelas usaha Aspan Alias untuk mengejar jawatan MB Negeri Sembilan hanya tinggal impian. Rakyat bijak berfikir dan akan sentiasa mengingati kepalsuan yang dibawa DAP di bumi Malaysia ini. Tidak akan sama sekali begitu mudah orang Melayu memaafkan DAP yang terbukti sememangnya perkauman.



0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP