KEMARUK POLITIK PAS MEMBONEKAKAN PENOREH

>> 29 August 2012


Hapkrakah begitu lantang memperkatakan mengenai isu harga getah yang cuba dipolitikkan oleh PAS. Malah di dalam Haprakah juga seorang penoreh begitu lantang untuk mencabar kerajaan dan media massa mendedahkan harga semasa getah yang dilihat semakin merudum.

Isu ini mudah. Harga getah bukanlah tertakluk kepada pasaran Malaysia sahaja sebaliknya ianya melibatkan pasaran dunia. Jadi harga getah bukan hanya jatuh di Malaysia sebaliknya negara pengeluar lain seperti Brazil, China dan Indonesia turut mengalami keadaan yang sama. Jadi mengapa perlu menyalahkan BN sedangkan ianya diluar kuasa kerajaan sedia ada?

Keadaan harga yang tidak stabil ini juga disebabkan keadaan harga minyak dunia yang tidak stabil. Malah ianya timbul dari keadaan spekulasi negara pengeluar minyak dunia yang cuba menaikkan harga minyak seperti di Iran dan Arab Saudi. Adakah mekanisma ekonomi dunia ini di bawah kuasa kerajaan BN?

Mengenai isu harga semasa getah pula, selama lebih puluhan tahun kerajaan memperkenalkan harga harian. Malah berdasarkan kepada keadaan semasa, harga getah berubah sebanyak tiga kali dalam sehari bergantung kepada jualan dan pembelian.

Malah jika dilawati laman web Risda dan LGM, anda akan memperolehi harga getah harian. Di dalam akhbar juga anda boleh melihat harga getah harian di ruangan ekonomi. Jadi, di mana yang cuba diputarbelitkan penoreh yang ditemuramah Haprakah bahawa kerajaan cuba menyorokkan harga getah sebenar?

Persoalannya, benarkah Haprakah menemuramah penoreh atau sekadar mereka-reka sendiri kisah yang tidak diketahui kebenarannya?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP