RAKYAT SUDAH HILANG SIMPATI PADA PEMANDU TEKSI?

>> 04 October 2012


KUALA LUMPUR: Pengguna mempunyai sedikit atau tiada langsung simpati terhadap pemandu teksi yang membuat bantahan mengenai kerja mereka dan menjadikan lalu lintas di tengah-tengah bandar terganggu.

Walaupun mengakui tidak semua pemandu teksi bersikap tidak munasabah, penumpang berkata ramai daripada mereka enggan menggunakan meter dan mengenakan kadar rata yang terlalu tinggi selain memilih laluan yang mereka sedia pergi.

Mereka mengulas tindakan kira-kira 100 pemandu teksi yang berkumpul di Jalan Bukit Bintang dari pukul 3 petang hingga 7 malam pada hari Selasa untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, termasuk terhadap pengenalan bas GO-KL percuma yang dikatakan menjejaskan perniagaan mereka.

Mereka juga mengadu diganggu oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang mereka dakwa menghadkan tempat letak kereta dan kawasan mengambil penumpang.

Pengkritik pemandu teksi tidak terhad kepada penduduk tempatan.

Sekurang-kurangnya dua laman web antarabangsa tidak berkata sebarang kebaikan tentang mereka.

LondonCabs.co.uk meletakkan pemandu teksi K.Lumpur sebagai yang paling teruk di dunia.

Satu lagi laman web, Ratestogo.com, meletakkan K.Lumpur sebagai yang ketiga terburuk selepas Phnom Penh dan Jakarta.

Seorang pereka Chandra Shegar, 39, yang telah bergantung dengan pengangkutan awam sejak 15 tahun yang lalu berkata ramai pemandu teksi enggan mengambil penumpang ke tempat-tempat tertentu.

"Kadang-kadang saya mahu pergi ke KL dari PJ, tetapi pemandu enggan, memaksa saya untuk menunggu teksi lain. Ini tidak pernah berlaku di negara-negara seperti Singapura, di mana pemandu tidak dibenarkan menolak penumpang.

"Ada juga yang enggan menggunakan meter. Biasanya kos saya untuk pulang ke rumah dari The Curve, Mutiara Damansara ke SS1 hanya RM10 tetapi sesetengah pemandu teksi mendesak dengan mengenakan kadar rata RM30 atau lebih," katanya. - The Star

2 comments:

Anonymous,  October 4, 2012 at 3:48 PM  

MEMANG BENAR..

INI BUKAN KES 'KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA' DAH..

INI KES 'KERANA NILANG SETONG..HABIS ROSAK SUSU'..

SEPATUTNYA DORANG BERMUHASABAH DIRI. ORANG AWAM TAK KOMPLEN JIKA DORANG JUJUR.

Anonymous,  November 2, 2012 at 9:30 AM  

DAH MUAK DENGAN KERENAH PEMANDU TEKSI.

KEKADANG PEMANDU KERETA SAPU LAGI BERTIMBANGRASA DAN BERBUDIBAHASA,

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP