NIK AZIZ GILA MEMPERJUANGKAN HUKUM HUDUD PALSU

>> 24 August 2012


Nik Aziz hari ini menyelar sikap pemimpin UMNO yang masih tidak mahu melaksanakan hukum hudud. Dalam pada masa yang sama Nik Aziz juga terlupa siapakah yang berpakat dengan parti kafir harbi iaitu DAP dalam kerjasama yang dipanggil "bersetuju untuk tidak bersetuju".

Dalam pada itu juga Nik Aziz sering kali menyifatkan bahawa draf hukum hudud PAS adalah soheh untuk diperakui oleh umat Islam di seluruh Malaysia.

PAS seringkali menyalahkan UMNO menolak hukum hudud apabila draf hukum hudud Kelantan yang dibentangkan 19 tahun lepas ditolak mentah-mentah oleh kerajaan persekutuan. Dalam pada itu juga ada pemimpin PAS dengan sinis mengkafirkan orang UMNO kerana perkara ini.

Untuk pengetahuan, draf hukum hudud yang dibentangkan kerajaan PAS Kelantan amat bertentangan dengan hukum hudud Islam yang sebenar. Ini kerana antara perkara yang menjadi pertikaian dalam draf hukum hudud PAS ialah:

Hukuman hudud akan jatuh kepada pesalah berumur 18 tahun ke atas sedangkan hukum Islam menyatakan bahawa hukum hudud akan dilaksanakan kepada pesalah yang sudah akil baligh.

Terlalu banyak hukuman yang tidak dikaji dengan teliti seperti kesalahan mencuri. Draf hukum hudud PAS sama sekali tidak menyatakan jumlah tepat untuk dijatuhkan hukuman potong tangan sedangkan di dalam Islam terdapat jumlah yang tepat dan tempoh pengampunan.

Hukum hudud PAS Kelantan juga tidak sama sekali dibenarkan atau dilaksanakan ke atas orang kafir di Kelantan di mana terdapat ketidakadilan dan ketidaksamaan hukuman kepada pesalah beragama Islam dan bukan Islam. Sistem ini terbukti sama sekali gagal seperti yang pernah dilakukan di Bangladesh dan Afghanistan kerana ianya menggalakkan jurang di antara kafir dan orang Islam dalam konteks kesalahan dan penerimaan hukuman.

Jadi dengan alasan seperti inikah yang mahu dikatakan orang UMNO sama sekali menolak hudud? Dalam pada itu jangan terlupa bahawa kerajaan persekutuan yang digelar kafir oleh penganut agama PAS inilah yang sentiasa membantu dalam memajukan umat Islam seperti perbankan Islam, bantuan kepada sekolah agama rakyat, pembinaan masjid dan surau di setiap kawasan dan lain-lain lagi.

Jadi ada baiknya Nik Aziz memikirkan kembali hukum hudud yang bagaimanakah mahu dilaksakan di Kelantan? Adakah hukum hudud itu mampu memartabatkan Islam atau pun sekadar menjadi beban kepada umat Islam di Malaysia?

1 comments:

Anonymous,  August 24, 2012 at 8:10 PM  

Talian hayat PAS,tuduh UMNO x laksanakan hudud,jadi2lah pok nik,dah tua2 ni ingatlah dosa pahala,jaga lidah.Jangan putar agama untuk kepntingan sendiri,yang rosak binasa pengikut yang taksub!

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP