KETIKA RAKYAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN, PAK SAMAD SAMBUT BERSIH

>> 09 August 2012


Pastinya kita tertanya-tanya dimanakah semangat patriotik seorang sasterawan negara dalam menyambut hari kemerdekaan yang bakal kunjung tiba. Ketika rakyat Malaysia berkobar-kobar berkumpul di Dataran Merdeka untuk menunggu detik yang penuh sejarah, terdapat sekumpulan manusia yang cuba membuat onar dengan mengadakan perhimpunan di tempat yang sama dengan membawa agenda yang berbeza.

A Samad Said telah mengumumkan akan mengadakan Perhimpunan Janji Bersih semasa Sambutan Ambang Kemerdekaan pada 30 Ogos nanti. Ini secara jelas menunjukkan kekacauan pada Sambutan Ambang Kemerdekaan nanti.

Dalam pada itu pastinya kita tertanya-tanya apakah yang cuba dibuktikan Pak Samad kepada rakyat Malaysia. Adakah Pak Samad cuba membuktikan bahawa dirinya benar-benar seorang pengacau atau seorang yang kemaruk untuk berdemo. Persoalannya, mengapa perlu memilih tarikh dan tempat yang sama untuk Sambutan Ambang Kemerdekaan?

Apakah Pak Samad cuba membuktikan dirinya seorang yang rakyat Malaysia yang bebas melakukan apa sahaja kerana mempunyai gelaran "sasterawan negara"? Ingatlah wahai Pak Samad sesungguhnya anda diangkat kerana pemimpin dan rakyat memberi sokongan kepada anda selama ini. Jika dalam bentuk perjuangan yang begini, anda sudah hilang rasa hormat dari rakyat dan pemimpin. Jangan apabila sudah hilang segalanya baru anda mahu mengatakan "saya dipergunakan" atau "saya menyesal".

1 comments:

Anonymous,  August 9, 2012 at 9:27 PM  

apa punya org tua... kata nak 'berseh'... apa yng dia nak bersehkan... mengundi pun tak perenah... pi mampus lagi baik...

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP