UNDI HANTU: DESPERADO PR UNTUK MERAIH SOKONGAN

>> 18 August 2011

PR semakin terdesak untuk meraih undi dari rakyat. Selepas dakyah-dakyah pembohongan mereka terbuka satu persatu, kini isu yang dimainkan sejak pilihanraya 2004 iaitu pengundi hantu dimainkan semula. Kali ini lebih aktif dan lebih agresif mereka memainkan isu ini untuk menarik sokongan rakyat.


Kini selepas isu Mismah ic 71 yang terkantoi besar, mereka memainkan isu bekas tentera memangkah undi pos untuk mewakili tentera yang lain.

"...Seorang bekas tentera, Mohamed Nasir Ahmad, 50, mengakui pernah memangkah 400 kertas undi pos bagi pihak anggota tentera lain pada pilihanraya umum tahun 1986 lalu ketika bertugas di Sabah...."

"...Seorang lagi bekas anggota tentera, Kamarulzaman Ibrahim, 53, mengakui telah memangkah ribuan kertas undi pos selama 3 hari sehingga lenguh. Perbuatan tersebut dilakukan setelah menerima arahan dari pegawai atasannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-7 pada tahun 1986 lalu ketika sedang bertugas di Kem Terendak, Melaka..."

"...Sementara itu, Mejar (B) Risman Mastor, 64, pula mengakui turut diarahkan memangkah puluhan kertas undi pos ketika bertugas di Kem Kampung Sawah, Port Dickson, Negeri Sembilan pada PRU tahun 1978 lalu..."


Wahai mangkok-mangkok yang membuat pengakuan seperti di atas, mengapa selepas berpuluh tahun anda melakukan kerja haram baru tahun ini iaitu 2011 baru anda mahu mempertikaikan isu tersebut?

Lihatlah tahun-tahun dimana mereka mendakwa memangkah undi pos. Logikkan itu?

Saya percaya sekiranya pada 1986 pesara tentera ini menghebahkan berita ini lalu melaporkan kepada pihak berwajib maka semestinya PAS akan menang di mana-mana kawasan yang ditandingi. Persoalannya mengapa mereka tidak membuat laporan kepada mana-mana pihak berwajib? boleh pakai ke cerita ini atau pun semata-mata temberang di kedai kopi?

Paling kelakar seorang dari pesara tentera mendakwa menggunaka 3 batang pen untuk menanda kertas undi.

Takkan lah orang bodoh sangat nak percaya yang pesara ni guna 3 batang pen nak tanda kertas undi? Saya masa sekolah dulu hari-hari menulis pakai pen tapi pen saya mampu tahan selama 2 minggu. Paling kelakar nak pecah perut ialah orang mengundi pakai pensel tapi pesara in pakai pen. Muahahahaha.... kantoi la beb.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP