LAGI MAU TUDUH ORANG LAIN KA?

>> 25 August 2011


PAS masih lagi menuding jari atas peristiwa pemeriksaan JAIS di DUMC. Tuduhan ini bagaimanapun tidak dapat menutup tembelang PAS yang masih lagi tidak mengeluarkan pendirian mengenai isu DUMC tempoh hari.

Tuduhan UMNO tidak berusaha membanteras murtad itu meleset sekali. Bukankah pada masa ini UMNO sedaya upaya menangani isu ini? Para blogger dan media massa bertungkus-lumus untuk menyelamatkan golongan yang akan dimurtadkan tetapi inikah yang dinyatakan PAS?

Dapatkah Selangor di bawah PR membanteras gejala murtad? Bukankah Selangor yang huru-hara sekarang ini akibat daripada peristiwa pemeriksaan Jais? Tidak malukah PAS akibat peristiwa itu?

Kebabalan PAS lebih terserlah apabila PAS sepatutnya menyelesaikan masalah itu tanpa mencampurinya dengan urusan politik. Tetapi sayangnya isu murtad ini dipolitikkan dengan menyalahkan UMNO untuk meraih undi.

Sehingga kini rakyat masih tidak tahu apakah nasib 12 orang golongan yang hendak dimurtadkan. Apakah ini tindakan kerajaan Selangor ini yand dipanggil "usaha" membanteras murtad oleh PAS?

Tindakan PAS yang tidak habis-habis menuding jari ke atas orang lain ini semestinya akan dibalas oleh rakyat kelak. Saya berpesan kepada PAS supaya cerminlah diri dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain.Dan yang paling penting, PAS masih gagal menjawab tohmahan "PAS menjual agama demi undi" sehingga ke hari ini.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP