BRIAN McDONALDS VS FAKTA

>> 25 August 2011

Semalam, barisan pakar upahan Anwar yang diketuai Dr Brian McDonalds mempertikaikan mengenai ketelusan dan piawaian makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia.

Sankara Nair yang peguam Anwar menyatakan bahawa pemeriksaan dari pihak pembelaan mendapati ujian yang dilakukan okleh pihak makmal tidak akan diterima di mahkamah kerana tidak mendapat pengiktirafan antarabangsa.


Hari ini lain pula ceritanya. Surat yang menunjukkan pengiktirafan antarabangsa kepada makmal DNA tersebut diserahkan mahkamah.



Nampaknya isu pengiktirafan tidak timbul lagi. Nampaknya barisan pembela Anwar perlu memikirkan taktik baru.

Taktik terbaru pihak pembelaan ialah mendakwa pihak pendakwaraya membawa bukti yang tidak lengkap dan diubahsuai.

Dr Brian McDonalds mempertikaikan kaedah eksperimen yang digunapakai dalam menguji DNA yang diambil dari dubur Saiful Bukhari. Dr McDonalds mengatakan kemungkinan pendakwaraya mengubahsuai bahan bukti tetapi apabila ditanya bagaimana, dia menjawab tidak tahu.

Pertuduhan McDonalds ini agak berat kerana akan menentukan bukti diterima atau tidak di mahkamah. Tetapi, persoalan yang paling besar, bagaimana Dr McDonalds mengetahui prosiding eksperiman tersebut sedangkan dia bukannya seorang daripada panel pakar yang mengambil DNA dari dubur Saiful? Apakah dakwaan McDonalds ini mempunyai asas atau sekadar temberang kedai kopi macam ahli PAS?

Hari ini dah kantoi, esok pun mau kantoi ka?
Hujah akan disambung esok.

Semalam pusing lain, hari pusing lain. Pusing-pusing tapi kat situ jugak. Pusinglah macam mana pun nuar, kau tetap kantoi punya. Suruhlah Sankara berhujah lagi 300 jam pun, makin lama kes ni makin dekat kau ke Sungai Buloh. Muahahahaha......

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP