MALAYSIAN INSIDER DISAMAN! PADAN MUKA LU!

>> 26 August 2011

Bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli memfailkan saman RM200 juta terhadap Malaysian Insider minggu lalu atas dakwaan memfitnah beliau dalam satu artikel yang disiarkan oleh portal berita tersebut.Tajudin menamakan ketua eksekutif yang juga editor portal berita tersebut, Jahabar Sadiq serta wartawannya Shazwan Mustafa Kamal sebagai defenden.

Ia ekoran penyiaran satu artikel pada 31 Mei 2011 yang bertajuk ‘MACC clears AG of graft allegation’.
  
Tarikh 19 September ditetapkan untuk pengurusan kes tersebut di hadapan Hakim Harminder Singh Dhaliwal.Menerusi pernyataan tuntutan, Tajudin mendakwa portal berita itu menerbitkan kata-kata fitnah dalam sebuah artikel pada 31 Mei 2011.


Beliau turut mendakwa bahawa portal terbabit mengulang beberapa kata-kata fitnah menerusi artikel lain walaupun telah dipohon menerusi surat supaya tidak berbuat demikian dan pengulangan itu menunjukkan portal terbabit berniat jahat.


Tajudin berkata The Malaysian Insider membalas suratnya dengan penegasan bahawa kata-kata di dalam artikel itu bukan fitnah dan ia mempunyai pelbagai sumber maklumat.-KL Today


Malaysian Insider dah kena, bila MalaysiaKini nak kena pulak? Alang-alang biar semua portal pembohong ni bungkus.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP