BILA SI BEBAL MAHU BICARA PASAL EKONOMI

>> 23 August 2011


Akhirnya Mahfuz mempunyai seorang protege yang juga bebal pasal ekonomi sepertinya.

"Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Nazri Chik berkata, tindakan kerajaan yang membenarkan sesebuah bank menjalankan dua sistem seperti itu merupakan satu langkah yang silap kerana ia boleh mengelirukan orang ramai."

Si Nazri Chik membuat kenyataan bebal untuk menyerang kerajaan.

Apakah si Nazri ini buta ekonomi? Tujuan kerajaan menjalankan dua sistem dalam sesebuah bank ialah untuk mempelbagaikan sistem supaya memberi banyak pilihan untuk rakyat.

Dua sistem ini juga dijanakan untuk mengembangkan ekonomi dengan lebih pesat. Mustahil untuk terdapat kekeliruan kepada rakyat untuk memilih kerana sebelum rakyat memilih, pihak bank akan menerangkan dan mengesyorkan sistem yang terbaik buat rakyat. Kerana itulah pihak bank melantik pegawai perunding.

Kerajaan dan pihak bank tidak pernah memaksa mana-mana pengguna untuk mengambil sistem perbankan konvensional. Bukankah ini sesuatu yang baik kepada rakyat kerana mempunyai suatu sistem perbankan yang pelbagai?

Sistem perbankan yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir inilah antara penjana utama ekonomi Islam dan diiktiraf oleh OIC.

Mungkin si Nazri ini mahukan sistem perbankan khawarij kot. Kalau nak buat sistem sendiri, buka bank sendiri. Tuduhan Nazri bahawa sistem ekonomi Islam tidak berkembang bawah BN amat bebal sekali kerana negeri yang diperintah BN lebih maju dari negeri diperintah PAS iaitu Kelantan dan Kedah. ADA FAHAM?

kepada Nazri, bila ingin mengeluarkan sesuatu kenyataan biarlah penuh ilmiah. Dan satu lagi, tolong nasihatkan kawan baik anda si kafir harbi di Pulau Pinang itu supaya jangan hendak mencabar segala hak orang Islam. Dah banyak sangat gerai peniaga Islam kena roboh. Tak mau keluar kenyataan ke?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP