INILAH YANG DINAMAKAN TAKSUB BODOH!

>> 20 August 2011


Kenyataan haprakah supaya memakai baju melayu kuning sempena sambutan hari raya yang akan menjelang tidak lama lagi benar-benar mencerminkan sikap taksub bodoh.

Sememangnya ahli PAS amat terkenal dengan sikap taksub. Kalau tidak taksub, masakan mereka sanggup berguling-guling di atas jalan dan disembur dengan air kerana memperjuangkan Ambiga?

"...Cadangan Badrul Amin itu selaras dengan kempen Bersih 2.0 yang menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya di Malaysia bersih dan adil..."
Para blogger dah lama menyatakan ketaksuban puak pakatan haram ini mengenai warna kuning. Sebab itu ada blogger yang mengatakan jangan hairan sekiranyan puak pakatan haram ini sanggup untuk memakai seluar dalam warna kuning untuk menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bagi terhadap ambiga pejuang murtad.

Ke mana perginya warna hijau yang dilaung-laungkan PAS dulu. Bukankah dulu puak PAS sendiri mengatakan warna hijau itu warna rasmi mereka dan melambangkan Islam? Mana perginya semua itu?

Sebenarnya ini lebih kepada retorik perpecahan umat Islam dii pagi hari raya. Semua orang mengetahui pada 1 Syawal, Kita akan memakai baju melayu lalu pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri. Dan mengapa sungguh jahat orang-orang PAS ingin melakukan pengasingan yang melalui warna baju melayu.

Bayangkan perpecahan yang akan berlaku di pagi Syawal nanti. Bukankah di pagi itu kita akan meminta maaf sesama Islam dan segala dosa kita akan lebur di tapak tangan? Akan leburkah dosa di tapak tangan nanti?

Sampaikan warna baju melayu pun nak dipolitikkan. Apakah PAS ini dah tiada modal sangatkah?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP