BUKTI MALAYSIAKINI PORTAL RASIS!!! - 2

>> 19 August 2011

Pagi tadi saya telah mendedahkan sedikit mengenai semangat perkauman yang ditanam oleh MalaysiaKini di dalam artikel-artikel yang dihebahkan. Kini saya akan mendedahkan satu lagi kerja jahat MalaysiaKini dalam memeras wang orang melayu dalam portal mereka.

Sememangnya diketahui bahawa pengunjung atau pelayar internet harus membayar unutk membaca setiap artikel atau berita yang dikeluarkan MalaysiaKini. Tetapi tahukah anda segolongan orang tidak perlu membayar satu sen pun untuk membaca artikel MalaysiaKini? Malah golongan yang tidak membayar satu sen itu juga dihidangkan dengan berita yang lebih menarik dan lebih banyak.

Golongan yang tidak perlu membayar itu adalah golongan cina dan India kerana artikel yang ditulis selain daripada bahasa melayu dan inggeris langsung tidak dikenakan bayaran. Ini seolah-olah mencerminkan sikap mereka yang anti melayu yang diterapkan dalam portal tersebut.

Ini contoh artikel versi bahasa inggeris dan melayu:

bahasa Inggeris

bahasa melayu

Dan untuk membaca berita tersebut secara penuh anda dikehendaki membayar kepada kepada MalaysiaKini. Skrin di bawah akan terpapar menandakan anda perlu membayar.


Sebaliknya, untuk portal berita versi bahasa tamil dan cina, anda tidak perlu membayar untuk membaca keseluruhan mana-mana berita yang dipaparkan. Ini adalah contohnya:

bahasa cina

bahasa tamil


Jadi, inikah yang dinamakan keadilan? Sikap rasis sudah jelas. Mereka hanya mejaga kebajikan kaum cina dan india sahaja. Ini sikap rasis yang sungguh menyakitkan hati.

Saya percaya MalaysiaKini sedar hanya segelintir sahaja orang melayu yang fasih berbahasa cina dan tamil. Lalu sentimen seperti ini dimainkan. Dalam masa yang sama mereka memeras wang orang melayu melalui cara ini.

Selepas pendedahan ini, KDN seharusnya menyiasat agenda tersirat MalaysiaKini yang telahpun disedari oleh ramai pihak. Takkan nak tunggu lagi? Buta ke KDN ni?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP