DAVID WELLS VS FAKTA

>> 24 August 2011


Keterangan Dr Wells hari ini di mahkamah agak memeranjatkan. Selama ini Anwar menafikan dia meliwat Saiful Bukhari tetapi doktor upahan Anwar sendiri mengakui berlaku penetrasi di dalam dubur Saiful. Bukankah ini secara tidak langsung menyatakan Anwar meliwat Saiful?

Dr Wells juga menyatakan bahawa air mani manusia hanya mampu bertahan di dalam dubur hanya 36 jam sahaja. Dr. Wells juga menyatakan bahawa sampel air mani yang diambil dari dubur Saiful pula selepas 48 jam berlakunya penetrasi. Fakta Dr Wells ini amat bertentangan dengan fakta sains yang menyatakan bahawa air mani boleh bertahan di dalam badan manusia selama 5 hari secara purata.

Pendakwaraya menyatakan terdapat kes liwat di England di mana air mani yang dijumpai di dalam dubur mangsa liwat boleh bertahan selepas lebih 3 hari. Sampel air mani itu diterima di mahkamah.

Persoalannya mengapa Dr Wells tidak tampil memberi keterangan semasa Anwar diarahkan untuk menyerahkan DNAnya? Mengapa baru hari ini Dr Wells tampil untuk memberi penerangan?

Yang bertambah pelik, kenyataan Dr Wells ini bertentangan dengan fakta sains. Apakah dia tidak takut memberi keterangan dan hujah palsu di mahkamah? Sumber manakah yang diambil untuk mengatakan sampel air mani mampu bertahan hanya 36 jam? Apakah ada mana-mana ujian yang diiktiraf untuk menyatakan dakwaannya itu?

Sekiranya benar dengan apa yang didakwa Dr Wells, maka dia boleh dicalonkan untuk memenangi hadiah nobel tahun ini. Sekiranya dakwaannya salah, Anwar akan dipenjarakan di Sungai Buloh dan Dr Wells sendiri akan didakwa kerana memberi keterangan palsu di mahkamah.

Pusinglah macam mana pun wahai Anwar, anda pasti ke Sungai Buloh. Upahlah 300 lagi orang saksi pun, tiada seorang pun yang mampu melawan fakta. Muahahaha....

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP