CABARAN UNTUK MAT SABU

>> 21 August 2011

Siapa yang tidak kenal dengan Mat Sabu? Orang ini baru sahaja dilantik sebagai timbalan presiden PAS tahun ini kerana dikatakan kemampuannya untuk menggegar kerajaan Barisan Nasional oleh puak khawarij.

Apakah benar seperti yang dikhabarkan puak khawarij itu atau pun sekadar temberang kedai kopi?

Kita sedia maklum bahawa Mat Sabu pernah mencabar Anwar Ibrahim di Permatang Pauh kerana ingin menunjukkan kejantanannya kepada PAS. Mat Sabu tewas dalam pertandingan tersebut kerana diwaktu itu pertandingan itu dilihat sebagai berat sebelah. Anwar pada waktu itu adalah peninju heavyweight manakala Mat Sabu sekadar lightweight.

Hari ini semuanya sudah berubah. Mat Sabu dikatakan oleh puak khawarij sebagai calon heavyweight yang tidak mampu dikalahkan oleh mana-mana pesaing. Sehinggakan Mat Sabu diangkat sebagai oleh pendemo BERSIH sebagai wira.

Oleh itu saya mencabar Mat Sabu bertanding menentang Zulkifli Nordin yang hanya seorang calon bebas dan pernah dipecat dari PKR di Kulim-Bandar Baru bagi menunjukkan kejantanannya sekali lagi pada PrU ke 13.

Kita boleh lihat adakah Mat Sabu sekadar beromong kosong atau pun sememangnya layak untuk menjawat jawatan timbalan presiden PAS. Saya pasti ramai di antara pembangkang dan kerajaan yang akan setuju dengan cadangan ini.


Mat Sabu

VS

Zulkifli Nordin

Siapakah yang akan menang sekiranya ditakdirkan tuhan akan terjadi pertembungan ini?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP