TOK MAT AKAN KE PARLIMEN?

>> 24 August 2011


Khabar angin bertiup kencang di waktu ini mengatakan Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hassan) yang sekarang ini menteri besar Negeri Sembilan akan ke parlimen selepas PRU ke 13.

Tok Mat dikhabarkan akan bertanding di parlimen di dalam negeri Negeri Sembilan. Khabar angin ini juga turut disahkan oleh beberapa blog pembangkang.

Sebelum ini Tok Mat bertanding di DUN Rantau dan menang menewaskan calon dari PAS. Persoalannya, di kawasan manakah Tok Mat akan bertanding pada PRU ke 13 nanti?

Adakah Tok Mat akan bertanding di Tampin, Jelebu, Jempol, Kuala Pilah atau Rembau. Pemilihan kawasan bagi Tok Mat juga agak sukar. Ini kerana Ahli parlimen di kawasan tersebut adalah dari calon yang "heavyweight" dan "winable candidate". Malah ada di antara mereka diberi kepercayaan oleh Najib untuk ke kabinet seperti Datuk Seri Shaziman Mansor (menteri kerja raya) dan Tan Sri Rais Yatim (menteri penerangan).

Saya percaya Tok Mat akan melobi kerusi parlimen di Seremban. Tetapi bukankah kerusi parlimen Seremban diperuntukkan kepada MCA?

Saya percaya pada tahun ini parlimen Seremban akan terbahagi kepada dua. Ini kerana di parlimen Seremban terdapat 6 dun. UMNO bahagian Seremban telah memohon kepada SPR supaya parlimen Seremban di pecahkan kepada 2 kerana jumlah pengundi dan dun yang terlalu banyak. Kemungkinan SPR akan meluluskan dengan membahagikan kawasan dun seperti berikut: Lobak, Temiang dan Nilai 1 parlimen manakala Ampangan, Lenggeng dan Sikamat 1 parlimen.

Sekiranya permohonan ke SPR ini diluluskan, maka Tok Mat akan melobi di kawasan parlimen yang baru dan akan ke kabinet, Insyaallah.

Saya mendoakan Tok Mat dan Barisan Nasional Negeri Sembilan agar memperoleh kejayaan pada PRU ke 13 nanti.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP