ORANG YANG LUPA INGATAN MAHU SAMAN UTUSAN

>> 29 August 2011


Presiden Syiah Malaysia, Mohamad Sabu akan menyaman Utusan atas berita yang didakwa palsu.

Persoalannya, bagaimana Mat Sabu mahu menyaman Utusan sedangkan dia sendiri mengakui tidak ingat apa yang diucapkannya di ceramah Tasek Gelugor?

Rakaman video mengenai ceramah "menghina wira negara" juga telah disebarkan oleh para blogger pro kerajaan. Utusan menulis berita itu berdasarkan video yang dikeluarkan. Bukti telah cukup untuk mengatakan Mat Sabu menghina pejuang negara. Apakah yang mahu dipusing lagi oleh Mat Sabu?

Di akhir artikel haprakah ini juga masih menghina tokoh negara.

"Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British."

Seharusnya Mat Sabu membaca buku teks sejarah sekolah menengah untuk membaca mengenai sejarah kemerdekaan negara. Ternyata pengetahuan Mat Sabu mengenai sejarah kemerdekaan negara ini diambil dari sumber-sumber yang tidak diiktiraf seperti komunis dan DAP.

Tahniah Mat Sabu kerana berjaya membuka pekung anda sendiri sebagai seorang yang berfahaman bintang tiga seperti Nizar Jamaludin.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP