BEBAL VS ANTI BEBAL

>> 21 August 2011

Haprakah hari ini mengutarakan soalan bodoh lagi mengenai pemeriksaan JAIS ke atas gereja DUMC.

PAS mempersoalkan pendirian UMNO dan MCA dalam isu serbuan tersebut.

Tuan Ibrahim terus menyerang BN dan menyatakan "sehingga ke hari ini rakyat masih tidak tahu apakah pendirian BN dalam isu tersebut".

Bukankan itu kenyataan bodoh namanya?

Semalam lagi Najib sudah mengumumkan kenyataan ini:

"Dari segi pendirian UMNO,ia berdasarkan Perlembagaan, maknanya agama Islam agama Persekutuan dan tidak ada siapa yang boleh menodai kesucian agama Islam termasuk untuk memaksa ataupun untuk cuba mengajak melakukan[I] conversion [/I] (penukaran agama) kepada mana-mana rakyat Malaysia beragama Islam.Dalam pada itu agama lain, bebas diamalkan di mana-mana kawasan di dalam negara,"

Adakah Tuan Ibrahim seorang yang tidak peka kepada isu semasa? Pertanyaannya telah pun dijawab sebelum dia bertanya lagi.

Dan yang menghairankan apa pula kena mengena MCA dalam hal ini sehingga dipaksa oleh Haprakah untuk memberi kenyataan?

Yang belum menyatakan apa-apa pendirian sehingga ke hari ini ialah PAS dan PR. Sebaliknya mereka masih bermain tarik tali dan menuding jari ke arah UMNO dan BN. Itulah yang dinamakan kerana nak jaga undi agama tergadai.

Bukankah kenyataan PAS ini macam orang bebal?

2 comments:

norm August 21, 2011 at 10:28 PM  

nama jer Tuan...org tanya pendirian ko..sbb ko dr parti islam...yg ko sibuk alih soalan pd parti lain tu...apakahallll

Anonymous,  August 21, 2011 at 10:43 PM  

Dia ketinggalan berita sebab rujuk Haramkah dan Roket sahaja.

Dia tak nak baca utusan mahupun Berita Harian...

Baghal punya Tuan ...

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP