INIKAH TAHAP PATRIOTISME AHLI PKR?

>> 25 August 2011


Hishamudin Rais mengeluarkan kenyataan bangsat ini di suara keadilan online.

Kenyataan Isham mencerminkan sikap bodoh beliau yang dijangkiti daripada Anwar Ibrahim. Kenyataan Isham juga hanya mencerminkan pendapat dia sahaja tetapi tidak mewakili pendapat seluruh rakyat Malaysia.

Apakah Isham tidak pernah menikmati kebaikan daripada kemerdekaan? Apakah selama negara ini merdeka, keadaan Isham bertambah buruk dari sebelum merdeka?

Isham, ini nasihat saya kepada anda dan seluruh ahli PKR.

Tuhan memberikan kamu kebijaksanaan untuk membantu sesama manusia, bukannya memecah-belahkan manusia lalu mengajak mereka kufur nikmat ke atas kurniaan Ilahi.

Apakah anda pernah hidup dan berpolitik semasa era sebelum merdeka? Saya percaya anda tidak pernah melakukannya. Politik pada zaman itu memerlukan nyawa dan kebijaksanaan. Pada bila-bila masa rumah-rumah ahli politik akan diserbu dan nyawa mereka akan diancam. Maka apabila tiada nyawa, kebijaksanaan tidak berguna lagi.

Pada zaman ini, anda bebas berpolitik tanpa mengira siang dan malam. selagi anda tidak mengganggu orang lain, tindakan anda tidak akan dikawal. Sedangkan semasa anda menyampaikan ucap politik anda di pentas, terdapat pihak polis yang mengawal anda kerana ditakuti terdapat apa-apa musibah yang menimpa anda. Tidak bersyukurkah anda dengan kurniaan ini?

Sebelum merdeka, segala keputusan anda adalah terbatas. Untuk membuka lampu diwaktu malam sekalipun anda perlu meminta izin daripada balai polis terdekat kerana perintah berkurung bergelap dikuatkuasakan.

Hari ini anda yang menentukan apa yang mahu anda lakukan. Jika anda mahu tidur, tidur shaja tanpa meminta izin. Apakah ini yang dimaksudkan kamu kegelapan kemerdekaan?

Saya menyarankan kamu agar belajar daripada sejarah kemerdekaan Republik Ireland sekiranya kamu masih tidak mensyukuri kemerdekaan negara ini dari British. Lihatlah bagaimana perjuangan tokoh mereka seperti Michael Collins dan Éamon de Valera  yang lebih susah daripada kemerdekaan negara ini.

Saya berharap agar janganlah sesiapa yang mempertikaikan kemerdekaan negara ini. Jika ada, ternyatalah mereka seorang bodoh kerana kemerdekaan negara itu ialah sejarah dan sejarah tidak boleh diubah-ubah. Sesungguhnya Isham tergolonglah dalam golongan manusia yang kufur nikmat.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP