ANWAR PASTI KE SUNGAI BULOH!

>> 23 August 2011


Kenyataan Anwar Ibrahim hari ini di kandang saksi ibarat monyet, makan pisang tapi tak tahu apa itu pisang.

Anwar tidak sudah-sudah menyalahkan si polan dan si polan. Akhirnya wajah sebenar Anwar terpampang di khalayak mahkamah. Anwar seorang yang tiada kredibiliti untuk menegakkan prinsipnya, malah tidak bijak dalam menghadapi situasi genting untuk mempertahankan dirinya.

Sejak semalam saya sudah menjangkakan yang perkara ini akan berlaku. Kerana itu Anwar tidak mahu mengangkat sumpah di mahkamah. Tujuannya ialah untuk berpidato tanpa halangan tetapi ternyata itu langkah yang bodoh.

Karier politik Anwar dihancurkan oleh dirinya sendiri tetapi dalam waktu kritikal yang akan menentukan masa depannya, dia masih menyalahkan orang lain.

Saya hanya membuat satu kesimpulan sahaja dari perbicaraan hari ini. Anwar hanyalah tin kosong sahaja. Cakapnya indah didengar tetapi tiada apa kebaikan yang boleh diambil.

Saya percaya pemergian Anwar ke Sungai Buloh akan disambut gembira oleh para ulama' PAS tetapi ditangisi oleh DAP dan golongan Anwarinas.

Hujah Anwar yang seperti monyet itu akan menjadi tiket kepadanya untuk ke Sungai Buloh. Malah tiket syurga Nik Aziz sendiri tidak mampu untuk menyelamatkan Anwar.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP