KENYATAAN PAS BENAR-BENAR SEPERTI ORANG BANGANG!

>> 20 August 2011


Kenyataan PAS mengenai isu pilihanraya yang tidak bersih benar-benar mencerminkan sikap kebebalan yang tidak boleh diajar.

Mereka mendakwa pilihanraya yang diamalkan kini penuh dengan korupsi dan sabotaj daripada kerajaan Barisan Nasional. Yang menghairankan, sehingga kini mereka gagal untuk membuktikan dimanakah yang dikatakan korup itu.

Saya percaya rakyat bukannya buta. Setelah segala isu pembohongan mengenai ketidaktelusan pilihanraya seperti isu mismah 71 dan undi pos yang didakwa diselewengkan terbongkar, kini mereka tanpa segan silu masih lagi menjaja kisah yang tiada logiknya.

Saya percaya hanya pengikut PAS dan PR sahaja yang percaya dan mempertikaikan isu ketidaktelusan SPR dalam menerajui sistem pilihanraya yang sedia ada.

Pernahkah anda terfikir mengapa diwaktu kemenangan diumumkan kepada PR dalam sesuatu pilihanraya dahulu, mereka tidak langsung mengutarakan hal-hal protes kepada SPR? Mengapa diwaktu mereka kalah sahaja mereka akan mengajukan pelbagai alasan seperti undi hantu dan penyelewengan? Adilkah itu?

Saya mencabar seluruh barisan kepimpinan PR khususnya PAS. Sekiranya anda merasakan pilihanraya di Malaysia ini dijalankan secara tidak adil, bubarkan kerajaan negeri yang diperintah anda dan jalankan pilihanraya di masa terdekat. Beranikah PR menyahut cabaran ini.

Para pemerhati politik sudah muak dengan permainan PAS yang mengulang-ulangi isu yang sama. Semua isu yang dibawa oleh PAS mengenai ketidaktelusan SPR dalam menjalankan pilihanraya masih gagal dibuktikan oleh mana-mana wakil PR malah Ambiga sendiri. Retorik kempen berbaur fitnah ini sudah sampai ke tahap yang tidak boleh diterima rakyat.

Saya menyeru jentera Barisan Nasional, marilah kita menguburkan PR di PRU yang akan datang supaya tiada lagi suara-suara sumbang ini. Lenyapkan mereka ini yang hanya tahu mempertikai tetapi tidak tahu menyelesai.

Wahai PAS, sejarah telah menyatakan tentang sikap orang yang suka bercakap kosong. Napoleon sendiri pernah menyatakan "biarkan mereka makan kek. Suatu hari nanti mereka akan termakan dengan kata-kata mereka sendiri". Janganlah berlagak angkuh dengan jumlah kerusi yang anda dapati sekarang ini.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP