BAB INI PALING DISUKAI UMNO

>> 27 August 2011

PAS mengadakan munajat pilihanraya di Stadium Sultan Mohammad Ke IV, Kelantan.


Antara isi munajat itu ialah memohon petunjuk Allah bagi menghadapi kekotoran pilihanraya yang didakwa didalangi BN.

"Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa."

Apakah PAS masih belum mempelajari apa-apa dari munajat mereka yang lepas? Solat hajat telah banyak kali dilakukan, tetapi golongan khawarij ini masih tidak mahu mengambil pengajaran.

BN dituduh dengan pelbagai pertuduhan oleh PAS. Apabila Allah mengabulkan dengan menunjukkan kebenaran, mereka menepis pula kebenaran itu. Jika tidak, masakan ada ayat "video itu besi" yang dikeluarkan presiden PAS?

Ternyatalah orang PAS ini hanya bertopengkan agama. Bukankah itu sifat orang munafik.

Saya amat bersetuju apabila PAS mengadakan munajat seperti solat hajat dan doa beramai-ramai. Ini kerana semakin banyak penipuan PR yang akan ditunjukkan oleh Allah.

Kadang-kala yang merasa kasihan melihat ahli PAS yang terlalu taksub kepada politik sehinggakan ada yang sanggup mati kerana parti itu seperti Ibrahim Libya.

Saya mendoakan agar Allah menunjukkan kita ke jalan kebenaran. Bongkarkan lagi penipuan PR dan mereka yang degil itu ternyatalah di dalam golongan yang sesat.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP